e m p a t l a p a n

378 50 0
                                    

Aku melipat kemas selimut tebal, lalu meletakkannya di atas sebiji bantal. Kemudian aku membawanya keluar, ke ruang tamu untuk bagi Taehyung guna. Ikutkan hati panas aku, aku biarkan dia hanya tidur beralaskan sofa tanpa bantal mahupun selimut. Tapi, rasa simpati pun ada juga. Jadinya aku tak sampai hati mahu biarkan dia tidur begitu. Suami aku juga. Mungkin kalau bukan berahsia dengan ibu, aku bawa dia tidur dalam bilik aku.

Tapi tidur atas lantailah.

Baru kena dengan dia, huh!

Bantal dengan selimut tadi aku hempapkan atas badannya dengan geram. Taehyung terkejut dengan perlakuan aku terus tergolek jatuh dari atas sofa. Punggungnya terhentak kuat. Sedikit sebanyak buat aku serba salah, tapi sebab ego dengan rajuk masih tebal. Aku buat-buat tidak kisah sahaja.

“Padan muka awak.”

“Sakitlah, Shin. .” Rengeknya sambil mengusap belakang punggungnya dengan kedua-dua tangannya. “Kalau iyapun mahu balas dendam, bukan begini caranya.”

Aku mencebikkan bibir. Mata aku gulingkan ke atas. “Saya sakit hati dengan awak.”

Taehyung mengeluh perlahan sebelum bangkit dan duduk di atas sofa semula. Bantal disusun kemas di hujung sofa, lantas selimut ditarik menutup seluruh badannya. Matanya merenung aku seketika.

“Sakit hati awak sahaja mahu kira, sakit hati saya? Awak ada fikir?” Ujarnya sebelum baring berbungkus dalam selimut. Mengabaikan aku yang masih berdiri di sini.

Apa?

Jangan cakap yang dia merajuk juga sebab aku tak jujurkan tentang siapa dia pada ibu?

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now