e m p a t s a t u

418 58 3
                                    

Aku rehatkan diri seketika di sofa, sekadar untuk melepas penat selepas majlis tadi. Mata dipejamkan serapatnya, sambil aku mengurut perlahan pelipis. Perut aku terasa senak sementara kaki aku kejang sebab berdiri untuk satu masa yang agak lama. Sejujurnya, seluruh badan aku rasa letih yang amat. Mungkin kerana aku mengandung, kan.

Permukaan sofa ini menurun sedikit bila ada seseorang turut melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan aku. Tak lama kemudian terasa kepala aku ditarik lembut lantas didaratkan pada bahunya. Tahulah aku ini adalah Taehyung, melalui bau minyak wangi sahaja aku sudah boleh meneka.

“Awak sakit kepala?” Tanyanya prihatin.

Aku menggeleng. “Taklah, cuma letih sahaja. Satu badan saya rasa tak bermaya. Masih ramai ke tetamu Mama?”

“Tak juga ramai, hanya kawan-kawan terdekatnya sahaja yang tinggal. Kalau awak mahu rehat, pergilah masuk bilik kita. Kesian pula baby ini nanti.”

Aku terus membuka mata dan pandang dia dari jarak dekat. “Tak baik pula itu, nanti apa tetamu Mama cakap. Saya menantu pemalas, begitu?”

Taehyung tertawa halus mendengarnya. Boleh dia ketawa, aku tengah serius. “Tak adanya mereka mahu cakap begitu, sayang. Pandai-pandailah saya backup isteri saya nanti.”

Aku mengeluh perlahan. Aku dua hati sekarang ini, kalau aku naik atas aku jadinya biadap sebab tinggalkan tetamu begitu sahaja. Tetapi di sudut lain lagi, aku betul-betul tidak larat sudah. Serasanya macam mahu baring sahaja.

“Betul ini, saya boleh naik?” Aku meminta kepastian lagi. Wajah tenang Taehyung aku renung dalam.

“Boleh sayang, pergilah berehat.”

“Kalau begitu saya naik dulu, nanti ada apa-apa panggil saya iya.” Aku berura-ura untuk bangun, tapi dia tahan tangan aku yang membuat aku menoleh pandang dia seketika.

Kening aku naikkan sebelah. “Ada apa?”

Tanpa menjawab, Taehyung dekatkan wajah lalu mengucup pipi aku sekilas. “Lupa mahu cakap tadi, sayang nampak sangat menawan hari ini. Saya jatuh cinta untuk kali keduanya pada awak.”

Aku tersengih malu. Manis, terlalu manis kata-kata yang meluncur keluar dari bibirnya. Hati aku mula merasakan sesuatu yang aneh. Tak apa, perlahan-lahan akan aku pupuk rasa ini sehingga aku berhasil mencintai Taehyung sepenuh hati aku. Seperti yang pernah dia katakan sebelum ini; cinta boleh dipupuk selepas berkahwin nanti.

Aku akan ajar hati aku untuk mula menerima cinta seorang lelaki bergelar suami.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon