d u a s e m b i l a n

464 65 0
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan apabila aroma ubat-ubatan mula menusuk masuk ke dalam rongga hidung aku. Aku tidak selesa dengan keadaan ini jadi dengan berhati-hati aku bangun dari pembaringan lalu mata aku memerhatikan sekeliling. Jangkaan aku betul, aku berada di hospital sekarang ini. Aku mengeluh kasar sebelum bertindak mengambil beg tangan aku yang terletak di atas meja kecil di tepi katil ini, lalu aku menurunkan kaki.

Aku tidak mahu berlama-lama di sini, sebab aku tahu Taehyung pasti akan datang semula.

Namun entahlah, mengapa badan aku begitu mengada-ngada hari ini sehingga berasa lemas semacam. Jadi sempat aku hampir terjatuh jika bukan kerana aku berpaut di besi katil.

“Eh cik, jangan terlalu banyak bergerak dahulu. Badan cik masih lemah lagi ini.” Seorang jururawat menerpa ke arah aku sebelum membantu aku untuk berdiri tegak.

Aku menghela nafas malas. “Saya mahu pulang, tolonglah jangan halang saya.”

“Tapi cik, sungguh saya cakap ini betul. Badan cik lemah lagi, jika cik paksa diri cik mungkin boleh beri kesan pada kandungan cik, tahu?” Dia iring aku kembali ke birai katil, dan beg tangan aku dia letakkan semula di atas meja. “Urmm cik, kalau boleh saya tahu, di mana bapa kepada anak cik ini? Pasti dia risaukan tentang cik. ”

Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk menjawab pertanyaan itu bila dari kejauhan kedengaran seseorang menjerit ‘saya.’ Tumpuan kami terarah ke arah suara itu.

Dan iya, dia Kim Taehyung sedang menuju ke mari bersama senyuman petaknya. “Saya! Saya bapa kepada anak dalam kandungannya itu,” Dia tersengih tidak henti-henti menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik itu. “Saya dari belikan awak makanan, saya tahu awak lapar, kan?”

Aku tidak tahu harus bereaksi seperti apa sekarang ini. Mahu gembira, atau apa? Aku sendiri tidak faham dengan diri aku. Aku sedih, dalam masa yang sama aku gembira. Oh bukan, aku hanya serba salah.

Apa benar baru tadi dia mengaku bahawa dia adalah bapa kepada anak ini? Dia terlalu baik, Ya Tuhan. . .

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now