l i m a t i g a

385 46 0
                                    

Seharian kelmarin aku tidak bercakap dengan Taehyung, dari pagi hingga ke malam. Aku masih terasa dengan dia, dengan apa yang dia buat. Aku tahu dan aku sedar, memang silap aku sebab kecilkan hati dia. Aku tak jujurkan sahaja tentang hubungan kami pada ibu. Tetapi itu tidak boleh dia jadikan alasan kenapa dia lakukan hal itu pada aku.

Aku bukan mahu menghalang dia pergi ke mana-mana atau jalan dengan siapa, tapi sekurang-kurangnya dia cakap dengan aku. Aku yakin dia tahu tentang keadaan dingin antara aku dengan adik-beradik tiri aku. Dengan keluarga aku yang lain. Tapi nampaknya dia memang sengaja buat begitu pada aku. Sudahlah dia abaikan aku. Apa dia ingat aku patung yang tak ada perasaan?

Aku mengeluh perlahan. Memikirkan semua itu buat aku rasa tertekan dan sesak. Perlahan-lahan aku berdiri dari kerusi sambil memegang belakang pinggang aku. Sejak aku jatuh kelmarin, pinggang dengan bahagian abdomen aku rasa lain. Rasa lenguh, kejang dan sakit. Tapi aku diamkan sahaja, mungkin impak dari aku jatuh itu.

“Sayang,” Taehyung hampiri sambil berbisik. Aku endahkan sahaja dia, mengangkat pinggan ke dalam sinki. “Sayang, awak masih merajuk dengan saya?”

“Kalau tahu, kenapa tanya?” Ucap aku sinis dan terus berlalu ke depan membiarkan dia di dapur. Sampai di ruang tamu, bukannya aku rasa tenang tapi lebih sakit hati. Ada ayah dengan Minra di sini. Sejak bila pula mereka ke mari?

Ayah senyum lembut pada aku. “Hai Jung, apa khabar nak? Macam mana dengan kolej? Oh, dengar cerita Jung sudah bekerja iya?”

“Begitulah. .” Balas aku acuh tak acuh. Ibu buat muka sambil pandang aku. Mungkin tidak suka bila aku berdingin dengan ayah. Tapi aku lebih suka begini, biar ayah tahu yang aku takkan terima penipuan ayah selama ini. “Shin mahu keluar dulu, bu. Ambil angin di luar.”

Dalam sini aku rasa sesak. Lagi-lagi melihat kemesraan Taehyung dengan Minra. Mata aku rasa panas, tapi tak sepanas hati aku.

Tanpa menunggu balasan dari ibu, aku terus sahaja keluar dari rumah. Berjalan perlahan ke tempat persembunyian aku semasa aku kecil dahulu. Tiada sesiapa yang tahu, kecuali aku sendiri.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now