d u a l i m a

510 69 2
                                    

“Cik Han, awak baik-baik sahaja, kan?”

Kepala aku terus terangkat apabila mendengar pertanyaannya itu. Mata aku terkedip-kedip beberapa kali sebelum mengangguk dengan lambat. Seketika kemudian, aku kembali menunduk memandang makanan yang berada di hadapan aku. Menyedari yang aku sepatutnya makan dan bukan hanya mengelamun.

“Yakin, awak baik-baik sahaha?”

Aku mendengus perlahan. “Iya Tuan, saya baik-baik sahaja. Jangan risaulah.”

“Macam mana saya tak risau, wajah awak betul-betul pucat dan. . .mata awak nampak sembab. Itu yang buat saya risau, tahu.”

Aku mengalihkan pandangan aku tepi, mengelak dari dia terus-menerus memerhatikan aku. “Tiada apa yang serius, saya cuma kurang rehat sahaja.”

“Oh, okay. .”

Dia kemudiannya hanya berdiam, begitu juga dengan aku. Senyap, mengunci mulut. Hanya ada kedengaran, bunyi-bunyi lagaan sudu dan pinggan semasa makan sehinggalah aku perasan, sepertinya Taehyung tidak selesa berduduk. Sekejap dia meluruskan badannya, sekejap lagi dia menunduk, dan ada kalanya dia menoleh ke kiri dan kanan sambil berdehem perlahan. Tingkahnya itu membuat aku berasa aneh.

Seperti ada sesuatu yang mahu disampaikannya.

“Iya Tuan? Ada sesuatu yang Tuan mahu katakan?”

Bahunya sedikit terjungkit semacam gelabah atas alasan yang tidak pasti. Anak matanya membulat dan bergerak-gerak sahaja tanpa tujuan. Aku jadi yakin ada perkara yang mahu dia katakan, cuma ragu-ragu.

Err. . .” Taehyung menggigit bibirnya sebelum menggaru kepala. “Sebelumnya, let's not talk formally. Maksud saya, jangan panggil saya ‘Tuan’ jika kita keluar berdua.”

Baiklah. .ini sangat pelik.

Okey. .jadi betulah ada sesuatu yang Tu— em, awak mahu katakan pada saya?”

Dia menarik hembus nafas berat beberapa kali, di dahinya juga kelihatan peluh mula merenik sedangkan kami duduk di dalam ruangan yang sejuk. Sebegitu berat juga apa yang dia mahu sampaikan itu, ya.

“Begini, Shin. .” Taehyung terkekok, dan setiap perlakuannya tampak ralat. Ada sahaja yang mahu dipegangnya di sebalik kocek kotnya itu. Tiba-tiba dia berdiri di sebelah aku, lalu menghulurkan tangannya pada aku. “B-boleh awak berdiri sebentar?”

“Boleh.” Aku menyambut tangannya lalu aku berdiri menghadap dia. Alangkah terkejutnya aku apabila dia tiba-tiba melutut di hadapan sambil tangannya masih memegang tangan aku. “A-apa ini, Taehyung? B-bangunlah, saya segan bila begini.”

Taehyung hanya tersenyum manis memandang tepat ke dalam mata aku. “Shin, aku tahu ini agak mendadak dan saya tahu, awak hanya anggap saya sebagai kawan sahaja tidak lebih dari itu. Tetapi saya tetap mahu lakukan ini, kerana saya tidak boleh berhenti memikirkan tentang awak sahaja. Disebabkan itu, saya mahu sentiasa ada di sisi awak, dalam susah dan senang. Dalam sedih dan tawa awak.”

Bibir aku terus bergemetaran, bila hati aku mulai berasa tidak senang dengan semua ini. “T-aehyung. .”

Tangannya mengeluarkan sesuatu dari poket baju kotnya lalu ditalakan pada aku, ia sebentuk cincin. “Sudikah awak, menjadi pelengkap hidup saya, menjadi permaisuri buat saya, dan menjadi pendamping saya buat selama-lamanya?”

Oh tidak. . .tolonglah jangan.

Aku menghela nafas perlahan. “Taehyung, tolonglah jangan lanjutkannya.”

“Han Shin Jung, saya mahu awak menjadi isteri saya.”

Aku menarik tangan aku dari dalam genggamannya. Entahlah, aku tidak mempunyai sebarang alasan untuk kenapa aku perlu menangis, namun itulah apa yang aku lakukan sekarang. Tidak mahu semua ini menjadi semakin lebih teruk, aku terus mengambil beg tangan aku dan berura-ura untuk pergi.

“Shin,” Taehyung tahan lengan aku dan paksa aku untuk berhenti berjalan. “S-saya tahu ini amat mengejutkan untuk awak. Tapi tolonglah jangan menolak, sebab sungguh, saya mahu menjaga awak Shin Jung.”

Aku bukannya mahu mengecewakan dia, jauh sekali untuk menyakitkan hati jika aku menolak. Namun dalam masa yang sama, aku sedar yang aku tidak sempurna lagi untuk lelaki yang baik seperti dia ini. Aku kotor, lagi-lagi dengan anak yang ada di dalam rahim aku sekarang. Ini hasil hubungan yang tidak sah, dan aku tidak mahu jika Taehyung menjadi kambing hitamnya. Biarlah dia terluka sekarang berbanding dia terluka nanti.

Lupakan saya, tolong. Saya tak layak untuk awak Taehyung. .”

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now