t i g a t i g a

478 64 0
                                    

Aku menyuakan sesudu kek coklat ke dalam mulut dan menikmatinya dengan penuh rasa kebahagiaan. Ya Tuhan, sedapnya! Aku pandang Taehyung yang sedang merenung sambil menjilat sudu. “Kenapa awak pandang saya begitu?”

“Taklah. . .saya cuma suka tengok awak makan. Itu sahaja.”

Aku mencemikkan bibir. “Awak tak mahu makan sekali?”

Dia menggelengkan kepala. “Tak apa, awak makanlah, saya tunggu awak.”

Seterusnya aku hanya menikmati makanan aku sehingga habis dalam senyap. Dalam fikiran aku kusut, memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan pada Taehyung selepas ini. Terima, atau tidak?

Tisu aku capai, lalu aku mengelap sisa-sisa coklat di tepi bibir aku. Selepas itu, aku berdehem perlahan menarik perhatian Taehyung. Dia pandang aku dengan mata yang dibuka besar-besar.

“Iya?”

“Awak tak nak tanya saya lagi?”

Wajah Taehyung tampak kosong. Tidak faham dengan pertanyaan aku. “Tanya. . .apa ya?”

“Awak ada bawa cincin itu?”

“Cincin?” Dahinya berkerut seribu. Dia betul-betul tidak faham, atau sengaja mahu kenakan aku ini? “Saya, tak fahamlah Shin. .”

Aku menjadi geram tiba-tiba. “Awak mahu saya terima awakkah tidak ini? Jangan sampai saya berubah pilihan lagi.”

“Sekejap. .” Mulutnya ternganga sebelum sengihan lebarnya menjadi jamahan mata. “Awak terima saya? Betul ini, awak terima saya? Saya macam tak percaya, awak terima saya?!”

Aku tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala melihat tindak balasnya. Taehyung berdiri lalu melentokkan badannya entah apa bentuk tanda yang dia betul-betul gembira. Dia menjerit-jerit kecil seperti orang menang tiket. Wajah dia, benar-benar terserlah kegembiraannya.

“Sudah tentulah saya membawanya, saya tak pernah lupa untuk sentiasa meletakkannya dalam poket,” Dia mengeluarkan kotak merah dari kocek bajunya lalu mentalakan sebentuk cincin itu pada aku. “Han Shin Jung, sudikah awak menjadi permaisuri dalam hidup saya?”

Sudah berkali-kali aku mendengar kalimat ini meluncur keluar dari mulutnya. Tanpa rasa muak, Taehyung akan selalu bertanya hal yang sama. Menampakkan kejujurannya yang mahu memperisterikan aku.

Ya Tuhan. .betulkah apa yang aku pilih ini?

Aku menarik nafas dalam, sebelum menghembusnya lambat. Aku gementar. “Saya sudi, Taehyung. .”

“Yeah! Tengoklah semua, aku diterima! Yah aku diterima! Akulah lelaki paling bertuah sekarang ini!”

Aku yang bertuah sebenarnya. .

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now