e m p a t p u l u h

504 59 1
                                    

Setiap langkah kaki aku terasa rapuh, hampir sahaja aku jatuh terduduk di mana aku berdiri jika bukan kerana ada Mama yang setia menyokong diri aku. Aku menarik nafas dalam sambil menggenggam erat sejambak bunga di tangan aku. Mengapa aku menjadi segementar ini?

Aku menunggu di gerbang pintu yang akan membawa pada Taehyung di hujung sana. Dia memilih konsep dalam taman, jadinya aku sukar untuk berjalan dengan betul bila menggunakan highheels ini dan berjalan di atas rumput. Sungguh aku tidak biasa menggunakannya, mahu sahaja aku buka tapi itu bahkan membuat keluarga Taehyung malu di hadapan tetamu yang ada. Jadi aku menahan selagi boleh.

Sebaik diberikan isyarat untuk berjalan masuk menuju ke arah pentas kecil di mana ada paderi dan Taehyung, aku mula membuka langkah kecil. Terlalu banyak mata yang memandang aku sambil memberikan tepukan tangan, membuat aku tersipu malu. Ya Tuhan, bagaimana agaknya rupa aku sekarang ini? Adakah mekap aku terlalu berlebihan? Adakah gaun pengantin aku tidak sesuai pada tubuh aku? Ataukah, mungkin sahaja aku terlihat hodoh, kan?

Memikirkan itu semua, memaksa aku untuk menoleh sedikit ke belakang semata-mata untuk melirik Mama. Wanita itu hanya terlihat tenang, dan wajahnya berseri-seri. Sepertinya dia benar-benar bahagia dengan perkahwinan ini. Harapnya, aku dapat mengekalkan ketenangan seperti dia itu.

Hakikatnya, aku tidak mampu.

Aku gementar, sungguh gementar. Sehingga tangan aku yang menggenggam kain gaun ini juga terasa menggeletar. Semakin lama aku berjalan, akhirnya tampang sosok Kim Taehyung mula kelihatan. Dari kejauhan lagi, senyuman manisnya itu sudah kelihatan. Aku tidak sabar untuk mendekati dia, bukan kerana aku terlalu mengada. Hanya, aku mahu berpaut padanya agar tidak jatuh kerana lutut aku sudah terasa melonggar akibat gentar.

“Han Shin Jung. . .” Taehyung mengungkapkan nama aku penuh dengan kelembutan pada nada suaranya, sebaik sahaja aku tiba di hadapannya. “Adakah saya bermimpi sekarang ini, awa—” Sebelum sempat dia bercakap habis, Taehyung bertindak merapatkan lagi jarak antara kami, lalu dia menarik aku ke dalam dakapan hangatnya.

Badan dia bergetar, acap kali bahunya terhinjut-hinjut sebelum esakkan halus kedengaran. Taehyung, dia menangis?

S-saya tak sangka semua ini, betul-betul terjadi sekarang ini, Shin. . .” Ucapnya dengan esak tangis yang tersisa.

Mendengarkan tangisnya, sedikit sebanyak berjaya menjentik tangkai hati aku. Aku juga terasa sebak, sehingga dengan mudah aku mengalir airmata serta merta.

I love you, Kim Shin Jung. .” Taehyung menjauhkan dirinya sedikit, cukup untuk aku melihat wajahnya yang sudah memerah akibat menangis. Dia kelihatan, sangat tulus.

“I love you, too.” Bermula hari ini, aku sah menjadi isteri kepada lelaki bernama Kim Taehyung ini.

Aku terasa begitu bertuah kerana memiliki dia.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang