l i m a d u a

383 52 0
                                    

“Shin Jung! Shin!”

“Sayang!”

Aku abaikan sahaja dia yang memanggil aku berulang kali dari belakang. Langkah semakin aku lajukan lagi-lagi bila mendengar derapan kakinya yang mencuba mengejar aku. Walaupun perut aku rasa sakit, aku tetap gagahkan diri untuk terus balik ke rumah.

“Tunggulah dulu, Shin. Awak jatuh tadi, kenapa awak paksa diri awak begitu!” Taehyung tarik lengan aku sampai langkah aku terhenti. Dia berdiri di hadapan aku. “Awak tak rasa sakit? Di mana-mana? Bagitahu saya kalau awak sakit.”

Aku mendengus kasar. Tangannya aku tepis. “Lepaslah, saya sudah cakap tadi. Tak payah pedulikan saya.”

“Sayang. .”

“Apa?!”

“Awak betul-betul tak apa-apa?”

“Saya okay, sudah ke tepi saya mahu balik.” Aku tolak badannya yang menutup jalan, lalu perjalanan aku sambung. Tapi aku tahu dia mengikuti di belakang sebab derap kakinya masih lagi kedengaran.

Heh, kenapa tak pergi bergembira sahaja dengan mereka di sana?!

Sampai sahaja di rumah, aku terlihat sebuah kereta asing yang menghantar ibu balik. Aku perasan pemandu kereta tersebut memerhatikan sahaja aku, tapi aku abaikan. Masih dengan rajuk aku pada Taehyung, aku terus masuk dalam rumah meninggalkan mereka di luar.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now