s e m b i l a n

668 80 1
                                    

Aku mengurut perlahan pelipis bagi menghilangkan rasa pening ini. Seharian aku berjalan ke sana sini, semata-mata untuk mencari pekerjaan sambilan sementara menunggu tawaran bekerja di mana-mana syarikat. Setelah membeli setin minuman sejuk aku melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu berhampiran.

Aku mengeluh perlahan. "Di mana lagi patut aku cari sekarang ni?" Mata aku meliar ke kiri dan kanan mencari-cari tempat untuk aku melamar kerja.

Tiba-tiba telefon aku bergetar menandakan ada panggilan yang masuk. Aku keluarkan dari poket, mengerling sekilas ke arah skrin lalu laju aku menjawab panggilan itu.

"Eo, Shin Jung-ah. . .Ibu ni, kamu sihat, nak?"

Perlahan bibir aku terkuntum senyuman kecil. Sungguh aku merindukannya, sudah lama aku tidak balik ke kampung. Entah bagaimana keadaan ibu dengan adik di sana. "Shin sihat, ibu. Ibu dengan adik bagaimana, sihat?"

"Ibu dengan adik baik juga. Syukurlah bila dapat tahu kamu sihat. Ibu cuma, tidak sedap hati beberapa hari ini, ibu teringatkan kamu." Ibu tertawa halus di hujung talian. Aku terus diserang rasa bersalah.

"Jangan risaukan Shin, bu. . . Shin okay. Fikirkan tentang kesihatan ibu, dengan adik. Doakan Shin berjaya dapat tawaran kerja yang bagus-bagus. Dan iya, sementara menunggu ini Shin berusaha mencari kerja sambilan. Tapi, belum dapat lagi. . ."

"Sabar nak, pasti akan ada rezeki untuk kamu. Jangan putus berdoa, dan bersabar iya? Ibu selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Em, adik sering bertanya tentang kamu Shin."

Mendengarkan itu, bertambah tebal rasa kesal aku. Aku masih terkesan dengan apa yang baru terjadi pada aku, sehingga aku berasa hina walau hanya untuk menunjuk muka di hadapan ibu atau adik. Aku rasa kotor. Aku telah menconteng arang ke muka ibu.

Aku gigit bibir, menahan sendu yang tiba-tiba menyerang. "Bagitahu adik, Shin sayang dia sangat-sangat. Nanti, Shin akan pulang ke sana bila Shin sudah mendapat perkerjaan yang bagus. Masa itu, apa sahaja yang adik minta Shin akan tunaikan. Ibu jangan lupa paksa adik makan ubat tau? Dia tu bukan boleh percaya."

Ibu tergelak mendengar ujaran aku. Ya Tuhan, rindunya aku pada insan ini. "Pasti Shin. Ibu paksa adik nanti. Oh, ibu ada pelanggan sekarang ini. Kita berbual lagi nanti ya, nak?"

"Baik, ibu. Selamat tinggal."

Selepas panggilan dimatikan, aku sumbatkan telefon ke dalam poket semula. Air minuman aku teguk habis lalu aku bingkas bangun. Aku berasa lebih bersemangat berbanding sebelum ini. Demi adik, demi ibu!

"Shin Jung boleh!" Aku memberikan sokongan pada diri sendiri.

Baru sahaja aku membuka langkah apabila ada orang yang meletakkan matanya di lutut melanggar sehingga aku jatuh terlutut di atas lantai. Begitu luas jalan ini, aku juga yang dilanggarnya.

"Oh, sorry cik. Saya minta maaf." Dia berteliku di hadapan aku untuk memberikan bantuan. Aku dongak kepala untuk pandang dia. "Cik tak apa-ap- Eo, Shin Jung?"

Abang tiri aku, Choi Minho.

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now