t i g a p u l u h

507 88 7
                                    

Aku hanya berdiri mengkakukan diri semasa berhadapan dengan Taehyung. Aku tiba-tiba berasa gementar tanpa sebab melihat keseriusan pada wajahnya itu. Meskipun aku sedang menunduk, aku dapat rasakan renungan tajamnya ke atas aku. Baru sahaja tadi dia mengarahkan aku untuk masuk ke dalam pejabatnya kerana ada urusan yang penting konon. Sepertinya masalah itu benar-benar serius.

"Awak sedar apa yang awak lakukan, cik Han?" Kepala aku sedikit terangkat mendengar pertanyaannya itu. "Awak hampir membuat syarikat saya mengalami kerugian yang besar kerana kecuaian awak, tahu?"

Mata aku terkedip-kedip, sambil mulut aku terbuka dan tertutup sahaja. Aku ingin mengatakan sesuatu tetapi berat. Aku sendiri tidak tahu punca semua permasalahan itu. "S-saya tak-"

"Kalau awak ada masalah sekalipun, tolonglah jangan sampai bawa ia sehingga ke dalam pejabat. Tolong bersikap profesional, cik Han. Dan mungkin, kalau awak tidak tahu bagaimana mahu uruskan kerja awak, awak boleh berhenti kerja sahaja." Sambungnya lagi tanpa sempat aku meminta maaf. Sarkastik sungguh.

Sebenarnya apa juga salah aku ini?

"Saya minta maaf Tuan, tapi saya sendiri tidak tahu apa-apa masalah yang berlaku."

"Lihatlah, syarikat sudah di ambang kemuflisan juga awak tidak tahu, kan?" Taehyung mengeluh kasar lalu menguakkan rambutnya ke belakang penuh frustasi. "Beginilah, mungkin silap saya tidak prihatin dengan masalah pekerja saya. Dan boleh jadi sahaja, awak tidak suka bekerja di sini, kan?"

Semuanya berlaku dengan terlalu pantas sehingga minda aku tidak dapat mentafsir apa yang sudah berlaku. "Apa maksud Tuan?"

"Saya lihat prestasi awak semakin merundum sejak belakangan ini, dan disebabkan kelalaian awak syarikat hampir mengalami kerugian yang besar. Mungkin awak ada masalah, dan mungkin awak sakit. Jadi keputusan saya muktamad, saya akan berhentikan awak dari bekerja di sini."

"Apa?" Mata aku membuntang besar mendengarnya. "Sebenarnya saya buat kesalahan apa sehingga Tuan berhentikan saya secara mengejut begini?"

"Saya minta maaf, cik Han," Dia keluarkan sekeping surat dari sebalik laci lalu diletakkan di atas meja. "Awak boleh mula mengemas barang awak."

Aku menggigit bibir dengan geram. Cuma apa yang bermain di dalam fikirkan lelaki ini? Sekejap baik, dan sekejap lagi menjadi seseorang yang tidak terduga. Aku sendiri tidak memahami sikapnya, yang seakan-akan bipolar! Memikirkan semua itu membuat emosi aku turut jadi tidak ketentuan. Dan mungkin kerana pembawaan bayi, aku dengan mudah boleh mengalirkan airmata.

Oh tak guna, aku sudah mula menangis.

Aku tidak mahu berlama lagi, kerana aku bakal terlihat seperti memints simpati sahaja. Jadi segera aku berura-ura untuk mengambil surat pemberhentian kerja tadi dengan tangan kanan, sementara tangan kiri aku menekup hidung dan mulut aku. Menahan tangis.

"Shin Jung. ." Dia tahan aku yang berusaha mengambil surat tersebut. "Berhenti jadi PA saya, tapi sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya?"

Aku terdiam.

"Saya tak akan bosan bertanya, dan awak pun tahu itu, Shin. Saya tak akan berhenti sehingga awak menjadi isteri saya."

Aku kemamkan bibir seketika mencuba menstabilkan emosi aku semula. "T-tapi Taehyung, saya tak sempurna untuk awak. Dan awak pun tahu itu, kan?"

Seulas bibir merah miliknya mengukirkan senyuman lembut buat aku. "Saya bukan mencari kesempurnaan diri awak, sebaliknya saya hanya menagih cinta tulus awak, Shin Jung. Saya mahu menjaga awak, supaya awak tidak melalui semua kesakitan itu bersendirian. Izinkan saya, jadi penawar kepada semua luka dan kesakitan awak."

Airmata semakin deras membasahi pipi aku. Semua ini terlalu mengharukan sedangkan aku masih lagi beranggapan yang aku tidak layak untuk Taehyung. Dia, terlalu baik.

"Please, Han Shin Jung. ."

*****

wowweeee :3 woly tengok ramai yang baca buku ni but em i got lack of vote TT jadi woly rasa em em em em macam mana nak cakap ya. . .sedikit kecewa laaa. boleh tak kalau woly minta genapkan jumlah vote now jadi 480? tekan star pada mana mana part yang belum di star sehingga limit sampai, boleh kan? untuk update lima bab seterusnya :3 woly bukan batak, tapi its a symbol of support. jadi woly tahu, ramai yang sapot ff ini even woly tahu ff ini hambar nak mati :) last word, woly sayang AELs (nama reader AEL) ❤❤❤❤❤❤❤❤

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now