t i g a s e m b i l a n

453 56 0
                                    

Sepanjang perjalanan aku hanya berdiam, walau sering kali Taehyung mencuba untuk berkomunikasi dengan aku. Aku hanya membisukan mulut. Sampailah tiba di apartment pun, aku masih lagi diam. Aku bukannya marahkan dia, cuma aku kecewa sebab dia tak pernah mahu ceritakan apa-apa hal penting pada aku. Taehyung terlalu banyak berahsia.

Berhenti sahaja kereta, aku terus memboloskan diri keluar dari situ. Taehyung yang memanggil juga aku hiraukan sahaja.

“Shin Jung,” Aku melajukan langkah bila mendengar derap kakinya yang semakin menghampiri. “Dengarlah dulu penjelasan saya. .”

“Awak pergilah balik sana, saya tak mahu dengar apa-apa. Saya mahu masa bersendiri.”

“Dengarlah dulu, Shin,” Dia genggam pergelangan tangan aku, dan palingkan aku pada dia. “Tolonglah, jangan buat saya begini.”

Aku mencuba untuk melepaskan genggamannya, namun gagal sebab dia semakin mengeratkan pegangannya. “Lepaslah! Saya tak nak dengar apa-apa, faham?!”

“Shin Jung.” Dengan itu, Taehyung tarik tangan aku sedikit kuat sehingga aku terkedepan dan tanpa sempat aku mengelak, dia terus dakap aku seeratnya. “Saya minta maaf sebab tak jujurkannya pada awak sebelum ini, saya minta maaf sangat-sangat. Saya bersalah, tapi janganlah hukum saya begini.”

Aku menolak badannya supaya menjauh tapi Taehyung masih lagi dengan kedegilannya. Malahan semakin aku cuba menolak, semakin rapat dia memeluk.

Aku pula mula berasa sebak. “Awak terlalu berahsia, Taehyung. Mungkin masih banyak lagi yang awak selindungkan dari saya. Saya tak tahu, patutkah saya percayakan awak atau tidak.” Baju bahagian belakang badannya aku cengkam, bila sahaja aku mula menangis. Aku terlalu, emosional.

“Okay, saya mengaku kesalahan saya. Saya tak pernah bagitahu awak, yang Han Seong itu adalah abang tiri saya. Sebab, saya takut awak akan jauhkan diri dari saya bila awak tahu tentang hal itu. Saya takut kehilangan awak, saya tak berani ambil risikonya.”

“Jadi, apa awak fikir saya suka bila dapat tahu tentang hal itu tadi, huh?”

“T-tak. .” Taehyung tambah kemaskan pelukannya. Keluhan halusnya kedengaran. “Saya minta maaf, tolong maafkan saya.”

“Awak tak tahu betapa sakitnya hati saya bila tengok muka lelaki itu, bila tengok dia masih boleh tersenyum sedangkan saya menderita. Lagi-lagi memikirkan tentang anak dia dal—”

“Lupakannya, Han Shin Jung,” Aku terkelu tatkala mendengar suara tegas Taehyung bergema. Dia tolak badan aku perlahan lantas bahu aku digenggamnya. “Lupakan tentang semua itu, kerana awak sudah ada saya. Saya tak akan biarkan awak menderita, takkan sesekali saya tinggalkan awak. Mulai saat ini sehingga waktu-waktu yang akan mendatang, sentiasa ingat kata-kata saya ini. Saya tak akan pernah tinggalkan awak, Shin Jung. .sehingga maut yang pisahkan kita.”

Mata aku kembali bergenang dengan airmata. Aku, benar-benar terharu. “Kim Taehyung. . .tapi, anak ini. Awak tahu, lelaki itu rosakkan saya, kenapa awak masih lagi harapkan saya?”

Taehyung naikkan tangan kanannya ke pipi aku untuk menyeka airmata yang mengalir. “Saya tak mahu dengar lagi awak cakap tentang usul anak itu begitu. Jangan pernah ungkit tentang hal anak ini lagi kerana anak ini, adalah anak saya mulai sekarang. Iya saya tahu apa yang abang saya sudah lakukan pada awak, tapi itu takkan dapat padamkan perasaan saya pada awak,

—saya cintakan awak Shin, sungguh.”

*****



[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant