e m p a t t u j u h

398 49 0
                                    

Setelah selesai menyediakan makan malam di atas meja makan, aku menunggu ibu pula menyiapkan kimchi barulah panggil Taehyung dengan adik datang makan. Aku memerhatikan keadaan rumah sekeliling, masih tetap sama seperti yang kali terakhir aku tinggalkan dulu. Tidak ada yang berbeza.

Iya, walaupun rumah ini hanya kecil dan tidak mewah aku tetap bersyukur. Di rumah inilah aku dan adik dibesarkan, berlindung dan berteduh dengan selesa. Aku tidak pernah mengadu pada ibu, sebab aku tahu ibu juga susah mencari duit masa dulu. Ibu hanya menjual ikan. Kerana itulah aku bertekad mencari pekerjaan yang baik, demi membantu ibu dengan adik.

Tapi, rasanya aku hanya memalukan ibu sahaja. . .

“Shin, sudah sediakan pinggan semua? Pastikan semuanya rapi, kita ada tetamu kan?” Tanya ibu sambil tangannya masih ralit menggaul kimchi di dalam mangkuk.

“Sudah, bu. .” Lalu aku terlihat sesuatu yang, sangat-sangat menyelerakan. Melihatnya sahaja terasa air liur membanjir dalam mulut. “Uhm. .Ibu, jeruk mangga ini siapa punya?”

Mata ibu melihat ke arah tundingan jari aku, yang menunjuk ke atas rak. “Adik yang beli tadi, katanya teringin. Tapi tak pula dia makan, sebab perut dia meragam. Maka tersadailah di situ.”

“Boleh Shin makan?” Pinta aku dengan keterujaan yang luar biasanya. Kedua telapak tangan aku satukan, seperti merayu.

“Makanlah nak, tapi. . .bukankah kamu tak suka masam?”

“Itu dulu, sekarang Shin suka.” Balas aku sebelum mengambil balang kecil yang berisi jeruk mangga itu, dan membawanya ke meja makan. Penutupnya dibuka lalu laju sahaja aku menyuakan ke dalam mulut. “Wah. . .sedapnya ibu!”

“Mengadalah kamu.” Ibu tertawa kecil melihat gelagat aku. Langkah diatur ke ruang tamu untuk memanggil Taehyung dengan adik ke mari, sementara aku masih lagi menyantap jeruk. Tidak lama kemudian, mereka bertiga berjalan ke sini.

Bila mata aku bertembung dengan Taehyung, dia membuat muka seperti tidak suka dengan apa yang aku lakukan. Apa? Makan jeruk sahaja pun. Bukannya teruk sangat.

Taehyung terus ambil tempat di sebelah aku. Tanpa sebarang isyarat, dia terus rampas balang jeruk dari tangan aku dan meletakkannya jauh di sudut meja. Jauh dari aku. Mata aku langsung membuntang.

Lengan bajunya aku tarik geram. “Saya nak makan jeruklah, bagilah sini.” Aku separa berbisik, separa bernada geram pada Taehyung. Berani-beraninya dia rampas makanan aku.

Dia menjeling aku sekilas, sebelum tersenyum kekok pada ibu yang sedari tadi melihat kelakuan kami. “Makan makanan masam terlalu banyak tak baik juga untuk awak, faham?” Taehyung turut berbisik.

Aku mendengus kasar. Macam mana aku cuba ambil semula balang itu, tetap dia tambah jauhkan jaraknya dari aku. Geramnya! Rasa macam mahu menjerit juga ada.

Ibu berdehem perlahan, tawa kecilnya pecah selepas menghulurkan semangkuk nasi pada Taehyung. “Makanan di sini biasa-biasa sahaja, kamu tak apa-apa dengan itu?”

“Saya okay, ibu. Saya bukan cerewet dalam hal-hal makan ini.”

Aku mencebikkan bibir bila dengar dia bercakap. Geram dengan sebal itu masih menebal. Kalau bukan ada ibu dengan adik di sini, sudah lama aku tolak Taehyung dan rampas semula jeruk mangga itu dari dia.

“Kak. . .”

“Uh oh,” Kepala aku tertoleh melihat Jungmin, adik aku. Mukanya berkerut sambil pandang aku penuh dengan kerisauan. “Iya dik?”

“Kakak okay tak ini?”

“Okay, okay, kakak okay pun.”

“Kakak nampak macam tengah marahkan abang Tae sahaja.”

Aku terus tersengih sumbing. “Mana ada, kenapa pula kakak nak marahkan dia, kan?” Bahu Taehyung aku tampar sekali, melepas geram, tapi aku tergelak hanya untuk mengelakkan ibu perasakan sesuatu.

“Hm, makanlah cepat Shin. Selepas makan, kemaskan bilik bagi tetamu kita rehat di dalam.”

Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengerti. “Bai—”

“Eh, tak apalah ibu, saya boleh tidur di ruang tamu sahaja.” Taehyung mencelah sebelum aku menjawab.

Em baguslah itu, tidur atas sofa. Biar padan muka awak, Kim Taehyung! Jahat lagi, siapa suruh.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now