t i g a s a t u

494 69 5
                                    

Kim Taehyung benar-benar membuat aku dilema, antara memilih untuk menerima lamarannya ataupun terus-menerus menolak pada setiap kali dia mencuba. Jika aku terima, maka aku akan dihurung perasaan serba salah untuk seumur hidup aku kerana menjadikan lelaki itu sebagai kambing hitam atas kecuaian aku. Dan jika aku tolak pula, dia bahkan tidak akan berputus asa malahan semakin galak dia munculkan diri semata-mata hanya untuk bertanyakan soalan yang sama.

Jadi kedua-dua pilihan itu sebenarnya adalah berat buat aku.

Lagi-lagi ia melibatkan hati dan perasaan.

Aku tidak mahu dia terluka berkali-kali disebabkan oleh keengganan aku, tapi dalam masa yang sama aku juga tidak mahu dia memikul tanggungjawab yang besar. Sedangkan bukan dia yang melakukannya.

Aku sendiri, tidak pasti sama ada aku mampu untuk bawa kebahagiaan buat dia atau tidak. Cuma apa yang dia pandang pada aku sebenarnya?

Sejujurnya, dia adalah lelaki pertama yang berjaya membuat hati aku menjadi lembut dan mudah tersentuh. Mungkin disebabkan pembawaan bayi, tetapi entahlah aku hanya berasa begitu sahaja. Kim Taehyung, satu-satunya lelaki yang berjaya menundukkan keegoan aku sehingga di satu tahap, aku merasakan kekosongan bila dia tiada di samping aku. Perasaan seperti apakah ini?

Selama ini aku tidak sedari kehadiran dia jika bukan kerana tragedi buruk yang berlaku ke atas diri aku semasa di kolej. Semenjak itu, dia mula masuk ke dalam hidup aku perlahan-lahan dan mula mengubahnya dengan keprihatinan yang dia berikan. Sungguh, dia lelaki yang budiman di mata aku.

Sehingga aku berasa hina jika harus menerima lamarannya, kerana dia layak mendapat gadis lain yang lebih baik dari aku.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now