d u a t i g a

452 67 0
                                    

Aku tahan pening dan paksakan diri aku untuk terus bekerja. Meskipun, sungguh badan aku terasa lemah dan penat yang melampau. Sesekali aku mengeluh perlahan apabila rasa sakit kepala itu menyerang secara tiba-tiba. Aku mencuba menstabilkan pernafasan, dan berpura-pura yang aku baik-baik sahaja. Padahal hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa lelahnya aku sekarang ini.

“Cik Han, awak dapat tidak apa yang saya katakan sejak tadi?” Soalan itu membuat kepala aku terangkat dengan kadar segera.

Aku kemam bibir beberapa kali. “Dapat, Tuan. Saya dengar.” Jawab aku yang sebenarnya aku berbohong. Bukan semua aku dengari, selebihnya aku terlepas fokus.

Ya Tuhan. .

“Bagus, kalau begitu esok pada waktu lunch kosongkan apa-apa sahaja temujanji saya pada masa itu sehingga pukul tiga petang, faham?”

Aku terus mengerutkan dahi, sambil pandang wajahnya seperti tidak percaya. Yang benar sahaja, aku bersusah payah susun atur jadualnya dia dengan mudah meminta aku mengosongkannya. Apa aku mahu jawab pada klien-kliennya itu? Taehyung ini, sengaja mahu kenakan akukah bagaimana?

“Tapi, Tuan. . .bagaimana dengan temujanji den—”

Taehyung mengeluh halus. “Batalkan semuanya, sebab saya ada hal yang lebih penting untuk diuruskan. Buat peringatan, saya akan keluar makan dengan Cik Han Shin Jung esok.”

Bagai mahu terjatuh rahang aku ke lantai.

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now