l i m a s a t u

425 56 0
                                    

“Ke mana pula mereka jalan? Laju betul.”

Aku menggumam geram sambil mengheret Jungmin ke kiri ke kanan. Mata aku tidak lepas dari memerhatikan setiap tempat yang mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk Taehyung berada. Aku betul-betul sebal dan geram dengan dia, sebab dia langsung tak elak dari cengkaman Minra. Apa dia memang sengaja mahu sakitkan hati aku?

Huh.

Laju kaki aku melangkah sehingga perut aku terasa kejang. Tapi entahlah, kenapa aku boleh sebegini terdesaknya untuk mengikuti mereka. Aku berasa tidak puas hati! Aku cuma, entahlah. . .kenapalah aku emosi begini.

Aku mengeluh perlahan sebelum menunduk sedikit bagi menghilangkan rasa penat. Jungmin goyang tangan aku, dan aku menoleh pandang dia.

“Kakak, ada apa sebenarnya ni?”

“T-taklah, kak cuma— cuma mahu ambil angin sahaja.”

Jungmin mengangguk. “Kalau begitu, jom kita pergi pantai. Sebab Jungmin selalu masuk hospital baru-baru ni, Min belum lagi dapat jalan-jalan di sana.”

Aku tersenyum lemah. Melihat wajah pucat lesi adik aku, membuat aku berasa serba salah. Kenapalah aku heret dia macam tadi? Aku terlalu ikutkan perasaan dan emosi. “Baiklah, jom kita pergi sana. Kakak pun rindu dengan pemandangan di sana.”

Tangan kecil Jungmin aku raih dalam pegangan lalu kami mula membuka langkah ke pantai. Tangannya sejuk. Memikirkan tentang kesihatan ibu, tentang kesihatan Jungmin juga tidak kurang. Jungmin disahkan menghidap anemia semenjak dia berusia enam tahun. Selepas itu, dunia aku rasa betul-betul sempit.

Setibanya kami di pantai, Jungmin lepaskan tangan aku dan dia mula berlari-lari anak di gigi air. Senyuman lebar terukir di bibirnya, begitu juga dengan aku. Melihat wajah gembira Jungmin, membuat aku terlupa seketika tentang hal yang lainnya. Hmm, anak aku. Rasa-rasanya nanti aku lelaki atau perempuan iya?

Perut aku usap lembut.

Tapi bila mata aku terlihat Taehyung sedang ketawa bergembira dengan beberapa orang perempuan yang sangat-sangat aku kenali, senyuman aku terus mati.

“Wah, gembira dia nampaknya.”

Salah seorang dari kalangan mereka mengecam aku, lantas dia melambaikan tangannya pada aku. “Kak Shin!!! Sinilah, lamanya tak jumpa kakak!! Kenapa balik tak bagitahu kami, huh?”

Perlukah aku bagitahu. .rasanya tak.

Aku hanya tersenyum nipis. Tak ada semangat langsung, aku rasa macam mahu menjerit sahaja tahu. Aku tak tahulah, sama ada Taehyung sengaja buat semua ini sebab dia sakit hati dengan aku. Ataupun, dia sengaja hendak sakitkan aku.

Aku hanya menurut sahaja bila Seul tarik tangan aku dan bawa aku duduk di atas permaidani yang mereka bentangkan. Aku perhatikan wajah mereka satu-persatu, sambil mengeluh halus. Mereka semua sepupu aku, tapi entahlah aku tak pernah rapat pun dengan mereka dari dulu lagi.

Mereka semua menyebalkan.

Terutamanya Minra, tapi dia lain. Dia adik tiri aku, anak dari isteri kedua ayah. Termasuk Minho juga. Aku tak pernah cuba terima mereka berdua, bagi aku mereka adalah punca ayah tinggalkan ibu.

“Kak, kenapa diam sahaja ini?”

“Aku tak ada benda yang mahu dikatakan.”

“Dingin, sentiasa sama seperti dulu.”

Aku tersenyum sumbing. “Iya, dan tak akan pernah berubah tahu.” Mata aku masih terarah pada Taehyung yang asyik bermain kejar-mengejar dengan Minra dan yang lain. Sampai tak sedar yang aku ada di sini.

Hati aku, tiba-tiba rasa sakit.

Disebabkan aku sudah berasa tidak tahan melihat pengabaian Taehyung, aku bingkas bangun menghampiri Jungmin. “Adik, mari balik. Kakak penatlah.”

“Alah, Min masih mahu kumpul kulit siputlah kak. . .Kakak baliklah dulu, nanti Min balik dengan abang Tae, ya?”

Aku mengeluh berat sebelum menganggukkan kepala. Ubun-ubun Jungmin aku gosok lembut. “Jangan main jauh-jauh ya, jaga diri.”

Baru sahaja aku mahu berpaling ke belakang bila ada satu tolakkan kuat yang menyebabkan aku terjatuh. Punggung aku terhentak ke atas permukaan pasir pantai.

“Ahh!” Aku mendengus kasar. Kepala segera aku dongakkan untuk melihatnya. Hujung baju aku genggam kuat.

“Shin? Shin!” Taehyung terus menerpa ke arah aku. Baru sedar yang aku ada di sini? “A-awak okay?”

“Kak, saya minta maaf. Saya tak sengaja langgar kakak.”

Aku berdiri perlahan-lahan, lalu menepis tangan Taehyung yang memegang lengan aku. Keluhan kasar meluncur keluar dari mulut aku. “Pergilah sambung bermain dengan mereka, tak payah pedulikan saya.”

Aku terus berjalan meninggalkan pantai dengan hati yang perit.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora