l i m a b e l a s

548 77 3
                                    

Laju tangan aku mengelap dan membersihkan kawasan di sekitar meja kaunter, sementara menghitung waktu sebelum kafe dibuka. Segala peralatan dikemaskan di tempat yang sepatutnya, supaya mudah untuk dicari nanti. Setelah selesai, baru sahaja aku mahu berlalu ke belakang apabila Minho ketuk meja dan panggil nama aku.

Aku segera menoleh. "Iya?"

"Masuk pejabat saya sekejap, ada hal penting." Usai berkata dia terus berjalan dahulu ke dalam pejabatnya meninggalkan aku terpinga-pinga tanpa penjelasan.

Mata aku membulat sambil pandang Kyung Hwa. "Ada apa itu agaknya, ya?"

Kyung Hwa jongketkan bahunya sambil mencebirkan bibir. "Entah. Awak pergilah saya tolong kemaskan apa yang patut."

"Okay." Aku mula bergerak ke arah pejabat milik Minho, pintunya aku ketuk tanda meminta izin untuk masuk.

"Masuklah."

Selepas mendapat keizinan, tombol pintu aku pulas lalu pintu terbuka. Tanpa teragak-agak lagi aku melangkah masuk ke dalam. Badan aku tundukkan sebaik tiba di hadapan mejanya, menghormati dia sebagai majikan.

Sekeping sampul surat dia keluarkan dari sebalik laci meja lalu diletakkan ke atas meja. Aku bulatkan mata melihat dia yang beriak bersahaja.

"Ini surat pemberhentian kerja awak, mulai hari ini awak tidak perlu bekerja di sini lagi." Ujar Minho yang langsung membuat aku terkejut. Secara tiba-tiba sahaja.

"Tapi kenapa, apa salah saya?"

"Abang cuma tidak mahu Shin bekerja di sini sahaja, itu alasannya. Abang tahu kerja di sini penat dan. . . iya, ada orang-orang yang cuba jatuhkan maruah Shin. Jadi, jangan tanya lagi kenapa."

Aku menggelengkan kepala. "Saya baik-baik sahaja, jangan risau. Janganlah buat begini. . ."

"Abang boleh buat, dan abang sudah buat pun. Sebab, abang ada carikan Shin kerja yang jauh lebih baik, dan sesuai dengan kelayakan awak," Dia tersenyum lebar, dan satu lagi sampul surat dia keluarkan dan dihulurkan pada aku. "Lusa, pergi temuduga untuk syarikat itu. Faham?"

Aku terpaku dan terkelu.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant