l i m a l a p a n

423 65 0
                                    

Aku mencelikkan mata sedikit demi sedikit bila indera pendengaran aku menangkap suara-suara halus seseorang sedang bercakap. Nafas aku hela perlahan, badan aku terasa begitu lemah dan kebas. Wajah ibu adalah hal pertama yang aku lihat. Seketika kemudian, aku tersedar akan perkara terakhir yang terjadi ke atas aku lantas aku membuka mata sebesarnya.

Anak aku. . .

Tangan aku terus bergerak ke perut untuk memastikan yang anak aku masih ada atau tidak. Dan. . .syukurlah perut aku masih menunjukkan bukitnya. Aku menghela nafas lega.

“Anak puan masih ada, jangan risau. Mujurlah puan dibawa cepat ke sini, dan anak puan juga kuat, tahu,” Terang doktor wanita yang berdiri di belakang ibu. Aku tersenyum lembut. “Puan mengalami pendarahan kecil, mungkin disebabkan oleh tekanan dan stress. Dan juga, puan ada jatuh tak sebelum ini?”

Ibu terus pandang aku dengan kerisauan yang terpancar jelas pada wajahnya. Aku menggumam kecil, ragu-ragu untuk jujur.

Aku gigit bibir. “Iya, saya ada jatuh sekali.”

Doktor itu menganggukkan kepala tanda mengerti. “Selepas ini, kurangkan angkat barang berat dan banyakkan berehat. Hati-hati bila berjalan jangan sampai terjatuh lagi. Dan, emosi juga penting iya. Saya akan bercakap dengan suami puan selepas ini. Saya minta diri dulu.”

Aku terus meneguk liur bila sahaja perkataan suami itu meluncur keluar dari mulut doktor itu. Pandangan terus aku alihkan. Aku tak tahu bagaimana mahu mulakan penjelasan pada ibu. Aku takut ibu akan kecewa dengan aku.

“Shin Jung. . .kamu ada apa-apa yang mahu disampaikan pada ibu, huh?” Ibu bersuara yang langsung membuat aku berdebar-debar.

Aku turunkan pandangan melihat jari-jemari aku yang berkait antara satu sama lain. Mata aku terasa berat dan sarat dengan cecair. “Shin. . .minta maaf, ibu. Shin berdosa sebab sembunyikan hal ini dari ibu. Shin cuma, tak nak ibu kecewa dan sedih dengan tindakan Shin.”

Ibu mengeluh halus. Tangan aku diambil lalu digenggamnya kemas. Mata berair aku melihat ke dalam matanya. “Ibu kenal anak ibu bagaimana. Ibu yang besarkan kamu, jadi kamu tak perlu cakap pun ibu sudah dapat teka yang kamu ada masalah. Lagipun, suami kamu sudah terangkan semuanya pada ibu. Ibu faham. Maafkan ibu, sebab kurang perhatian pada kamu nak.”

Airmata aku sudah tidak dapat dibendung lagi. Ya Tuhan. . .aku betul-betul berdosa pada ibu. “Shin yang salah, bu.”

Ibu menggelengkan kepala, jarinya mengusap halus pipi aku. “Sudah lupakannya, nak. Jangan ikutkan emosi, dengarkan apa yang doktor pesan. Ingat anak kamu, berehat iya.”

Aku tersenyum, tangan ibu aku kucup lembut. “Maafkan Shin ya, ibu.”

“Iya iya, ibu maafkan kamu. Berehatlah, ibu pergi belikan kamu bubur nasi dulu. Kalau mahu apa-apa, ada Jungmin di sini temankan kamu.”

Aku anggukkan kepala. Kelibat ibu aku iringi dengan pandangan sehingga pintu wad ini tertutup. Satu insan terlintas dalam fikiran aku sekarang ini.

Di mana Taehyung?

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now