t i g a t u j u h

443 58 0
                                    

Aku terkaku apabila sebaik sahaja aku menjejak kaki ke dalam rumah Taehyung, aku disapa mesra oleh seorang wanita. Wajahnya tampak sungguh gembira bila melihat aku, lantas tubuh aku ditarik ke dalam dakapannya. Belakang badan aku diusap lembut olehnya.

“Jadi kamulah gadis yang Taehyung selalu ceritakan iya,” Ucapnya selepas meleraikan pelukan. Tangannya bergerak ke pipi aku. Dan jujur ya, wanita ini sungguh jelita dan feminin. “Uh, cantiknya kamu. . . Tidak hairanlah kenapa Taehyung beria sangat mahu kenalkan kamu dengan kami.”

Aku tersipu malu mendengar pujian itu. Malu, tahu malu. Taehyung pula hanya tersengih-sengih dari kejauhan melihat pipi aku yang sudah bertukar warna. “M-mana ada aunty, s-saya—”

Eh apa panggil aunty ini, panggil Mama terus pun boleh. Kamu juga bakal menantu Mama, kan?” Ubun-ubun aku diusapnya, sambil tersenyum lebar.

Ya Tuhan, aku tersilap besar bila menganggap mereka kejam tadi. Kerana sejujurnya, Mama dengan Papa Taehyung terlalu baik melayan aku. Dari semenjak pertama aku jejak kaki di sini, senyuman mereka tidak pernah putus. Sehingga aku menjadi segan, sungguh.

Aku membalas senyuman Mama, sebelum menganggukkan kepala. “I-iya, Mama. . .” Belakang tengkuk aku garu dengan janggal bila terdengar Taehyung tergelak kecil. Mesti dia sedang mengejek aku sekarang ini, erh.

“Jadi Taehyung, bila kamu rancang untuk melangsungkan perkahwinan kamu?” Tanya Papa Taehyung secara tiba-tiba yang membuat aku tersedak air liur.

Oh, aku tidak sangka hal perkahwinan itu akan menjadi sekekok ini. . .

Taehyung menggumam seketika, sebelum mulakan perbicaraan. “Taehyung ingat mahu langsungkannya secepat yang mungkin.”

Tak guna, sekali lagi aku tersedak.

Dan kali ini, Mama terus pandang aku dengan kerutan di dahinya. “Kamu okay, Shin Jung?”

“O-okay. . Saya okay, Ma.”

“Biasalah itu, mesti gementar kan?” Aku tersengih serupa kerang wangi untuk itu. Malu, malunya aku!

Taehyung berdehem untuk tarik perhatian. “Lagi satu, Taehyung mahu buat majlis yang sederhana. Hanya kita dengan keluarga terdekat sahaja yang tahu. Selepas seminggu begitu, Taehyung mahu bawa Shin pulang kampungnya pula. Kalau Papa tak keberatan, Taehyung ambil cuti dalam seminggu dua, boleh kan?”

Banyak lagi yang mereka anak-beranak bincangkan. Manakala aku hanya berdiam sahaja mendengarnya, sebab sungguh aku tidak tahu menahu tentang semua itu. Tempahan butiklah, dan sebagainya. Apa yang Taehyung rasakan sesuai untuk aku, aku ikutkan sahaja. Aku tidak mahu cerewet. Namun ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku saat ini.

Bagaimana Taehyung boleh tahu soal asal usul aku, tentang kampung halaman aku? Serasanya aku tidak pernah menceritakan apa-apa tentang latar belakang aku pada dia. . . Aneh iya?

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now