l i m a p u l u h

452 57 0
                                    

Bangun sahaja aku, rumah sudah kosong. Hanya tinggal Jungmin yang masih baring sambil menonton di ruang tamu. Di bilik utama juga ibu tidak ada. Biasanya dalam waktu-waktu begini, ibu baru sediakan ikan-ikan untuk dibawa ke pasar. Kenapa pula begitu awal ibu keluar, dan barangan untuk dijual pun tidak dibawa?

Aneh, ibu ke mana iya?

Dan Taehyung, dia juga ke mana?

“Adik, mana ibu dengan abang Tae?”

Jungmin menggumam seketika, sebab mulutnya penuh dengan makanan. Bertuah punya budak, adakah patut makan sambil baring. Tercekik nanti baru tahu. “Uhm, ibu jalan. .abang Tae ada di luar.”

“Aahh,” Mata aku terus mengintai dari celahan pintu, mencari kelibat Taehyung. “Adik tu, makan eloklah sedikit. Duduk. Nanti tersangkut makanan di tekak baru tahu.” Bebel aku.

Melihat Jungmin yang sudah mengubah posisinya, aku berjalan ke luar rumah untuk mencari Taehyung. Lalu mata aku tertancap pada figuranya yang sedang duduk mengambil angin di meja luar. Perlahan-lahan aku menghampiri dia.

“Awak. .”

Dia menoleh pandang aku lalu tersenyum kecil. “Sudah bangun?”

“Iya, awak tahu ibu pergi mana?”

“Tak pasti, tapi tadi ada orang datang jemput ibu pergi suatu tempat. Ibu cuma pesan temankan awak dengan Jungmin di rumah seketika semasa dia tiada.”

Mulut aku terus membentuk bulat tanda faham. Punggung aku labuhkan ke atas meja berhadapan dengan Taehyung. Mata aku pandang ke dalam matanya tanpa ragu-ragu. Aku menguntumkan senyuman kecil.

“Awak marah dengan saya eh?”

“Kenapa pula saya marahkan awak?”

“Sebab saya tak jujurkan tentang kita pada ibu.”

Taehyung terus menundukkan kepala, mengelak dari menatap mata aku lagi. Dia mengetap bibirnya. “Taklah, saya tak marah.”

“Awak kecewa?”

“Tak,” Balasnya ringkas sahaja. Dia tak pernah berkelakuan begitu dengan aku sebelum ini, dia selalu gembira bila bercakap dengan aku. Aku sudah boleh agak yang dia kecil hati pasal ini. Baru sahaja aku mahu buka mulut lagi, bila dia tiba-tiba mencelah. “Saya mahu mandi dulu, sejak semalam saya tak mandi lagi.”

Dia bingkas dari meja ini dan berjalan ke muka pintu. Aku hanya perhatikan sahaja tingkah laku Taehyung. Dasar penipu, baju dia sudah bertukar pun dari yang semalam. Belum mandi apanya lagi?

“Taehyung. . .saya minta maaf.”

Dia terus berpaling pada aku. Memandang aku dengan pandangan yang selalu dia berikan pada aku. Baru dia membuka langkah menghampiri aku bila ada satu suara nyaring seorang perempuan menjerit nama Taehyung.

Serentak aku memandang ke arah suara itu.

Perempuan itu melambai manja pada Taehyung sambil berlari anak ke mari. “Taehyung!!! Kenapa tak bagitahu saya awak sudah sampai huh?! Jom, awak mesti teruja untuk jalan-jalan di kampung ini semula kan? Jom!” Tangan Taehyung terus ditarik pergi menjauh dari aku.

Choi Minra?

Macam mana dia boleh kenal Taehyung, dan teruja untuk berjalan-jalan di kampung ini semula? Semula?? Memangnya Taehyung pernah ke sini sebelum ini? Oh, tentu sahajalah. Taehyung kan berkawan dengan Minho, tentu sahajalah dia kenal Minra. Dan mungkin sahaja Taehyung pernah dibawa ke sini sebelum ini. Iya, mungkin.

Tapi menyedari yang Minra tarik pergi Taehyung dari aku, membuat hati aku berasa panas dan geram tak tentu hala. Perasan marah aku tiba-tiba melonjak naik. Aku terus masuk ke dalam rumah mencari Jungmin.

“Jungmin bangun, temankan kakak jalan-jalan dulu. Cepat!”

Aku tak nak ketinggalan jejak mereka.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now