l a p a n

702 88 0
                                    

Aku hempaskan badan ke atas katil, lalu mata dipejam serapatnya. Perasaan aku berkecamuk, perasaan aku bercampur aduk antara geram, sedih, marah, kecewa, semuanya aku rasakan saat ini. Sehingga aku terasa seperti orang yang sudah tidak siuman. Dada aku terasa sesak tanpa sebab yang betul.

Aku malu.

Untuk menghadap orang di luar sana, di kolej. Memang aku katakan yang aku mampu menangani semuanya sendiri, tetapi nyatanya. Aku sakit. Aku tidak mampu untuk mempertahan diri sendiri. Lagi menyakitkan aku, apabila tiada satu pun kawan aku yang mahu membantu aku. Semuanya seperti menjauhkan diri dari aku.

Begitulah, kawan ketawa mudah dicari, kawan susah jauh sekali ada.

Eunji pun.. langsung tidak mempedulikan aku.

Eh sorry Shin, I got to go now. Aku busy sekarang ni, bye.

Entahlah, mungkin hanya perasaan aku sahaja. Tapi, itulah jawapannya pada setiap kali aku hubungi untuk meminta pertolongan.

Hari ini, hari graduasi aku. Dan, aku tidak berasa mahu pergi ke sana.

Aku cuma.. mahu bersendiri.

Sekelip mata, hidup aku hancur. Hanya disebabkan kesalahan orang lain, tetapi aku yang merasakan siksanya. Aku yang menanggung malunya. Hidup aku musnah, impian aku lebur.

Disebabkan segala permasalahan yang berlaku, aku menjadi cepat emosional. Aku menjadi perempuan yang lemah, dan mudah menangis. Jadi tanpa aku pinta, airmata sudah sedia menemani aku waktu ini. Baru sahaja aku menekup muka ke permukaan bantal, dan berniat untuk melelapkan mata apabila pancaindera pendengaran aku menangkap suatu bunyi yang aneh di dapur.

Seperti ada orang terjatuh, sedangkan hanya aku yang berada di dalam rumah ini.

Aku terus bangkit, dan berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur. Sebelumnya sempat aku mengambil penyapu sebagai senjata aku sekiranya rumah aku diceroboh pencuri. Setibanya aku di situ, mata aku terlihat ada kelibat seseorang lalu dengan kepantasan yang termampu aku terus menghambat orang itu dengan batang penyapu dengan kuat. Dia meronta dan menjerit kesakitan, tapi aku abaikannya dan terus sahaja aku memukul dia.

“Ah sakit! Shin! Ini sayalah, Taehyung!” Dengan itu aku terus berhenti. Mata aku membesar bila dia menoleh memandang aku bersama kerutan di wajahnya kerana menahan sakit.

Pada awalnya aku berasa simpati, tapi memandangkan ego aku masih tebal, aku abaikan sahaja dia. “Siapa bagi awak kebenaran masuk rumah saya, hah? Oh bukan, awak menceroboh masuk! Baik awak keluar sebelum saya buat laporan.”

“Bertenang Shin.. Saya bukan berniat jahat, saya cuma risaukan awak. Awak tidak hadir majlis graduasi, jadi saya fikir awak.. em..”

“Apa, awak fikir saya membunuh diri, begitu?”

Dia tersengih sambil menggosok belakang tengkuknya dengan janggal. “Sesuatu yang sepertinyalah..”

Aku mendengus kasar. “Baliklah, saya masih waras lagi untuk melakukan perkara-perkara bodoh begitu. Buang masa awak datang ke mari.”

“Tapi—” Sebelum sempat dia bersuara lagi, aku terus menolak belakang badannya menuju ke pintu rumah. “S-hin, dengar dulu.”

“Keluar dari rumah saya.”

“Saya akan keluar, kalau awak terima pemberian saya ini. Saya tahu awak belum makan lagi, kan?”

Aku melirik sekilas bekas makanan yang berada di tangan dia sebelum menyambutnya segera. “Terima kasih.”

Lalu pintu aku hempas.

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now