l i m a l i m a

437 57 2
                                    

“Ibu. . .”

Aku menegurnya yang hanya duduk termenung di atas meja di tepi rumah ini. Aku perasan sesuatu, semenjak ibu balik dari mengikut kereta asing itu, ibu banyak berdiam. Seperti dia sedang menyelindungkan sesuatu dari pengetahuan aku.

Ibu menoleh memandang aku. Senyuman kecil dia berikan. “Iya nak. .ada apa?”

“Ibu ada masalah ke? Kenapa dari kelmarin ibu balik, ibu banyak termenung sendiri. Jangan selindungkan apa-apa dari Shin, ibu.” Aku mengambil tempat di sebelahnya. Belakang badannya aku usap lembut.

Ibu hanya tersenyum. Namun senyumannya tidak seceria selalu. Nampak sangat hambar. Pandangannya dia alihkan melihat Jungmin yang sedang bermain bola bersama Taehyung di halaman rumah.

“Sebenarnya, ibu pergi rumah majikan tempat ibu berjualan ikan.”

“Jadi, ada masalah apa ibu?”

“Dia larang ibu berjual di tempatnya lagi, sebab ibu sudah lima bulan tak bayar sewa tempat.”

Mata aku terus membulat besar. Mulut aku ternganga. “L-lima bulan? Kenapa ibu tak pernah bagitahu Shin, huh? Kenapa ibu rahsiakan dari Shin?”

“Sebab ibu tak mahu menyusahkan kamu, nak. Kamu baru sahaja bekerja takkanlah ibu mahu minta duit dari kamu,” Ibu mengeluh perlahan. “Jungmin pun, sejak akhir-akhir ini selalu sangat masuk hospital. Jadi ibu banyak habiskan duit untuk perubatannya.”

“Ibu, itu tanggungjawab Shin sebagai anak untuk bantu ibu. Kenapa ibu berfikiran begitu?” Tangan ibu aku raih sebelum mengucupnya beberapa kali. Matanya aku renung dalam. “Kalau ada apa-apa tolonglah bagitahu Shin, ibu. . .”

Ibu tersenyum lemah, ubun-ubun aku digosoknya lembut. “Ibu bertuah dapat kamu, nak. . . Ibu sayangkan anak-anak ibu.”

“Shin pun sayangkan ibu sangat-sangat,” Tangannya aku goyangkan perlahan, meminta perhatiannya. “Shin bantu ibu iya, nanti Shin jumpa majikan minta teruskan bagi sewa tempat pada ibu iya?”

“Shin,” Ibu genggam tangan aku erat. Seruat wajahnya menjadi suram. “Dia janji akan teruskan sewaan, tapi dia ada satu lagi permintaan pada ibu.”

“Apa dia, ibu?”

“Dia mahu kamu jadi isterinya.”

Aku terus pandang Taehyung. Jantung aku berdebar hebat.

*****

an endless love;
cinta yang tidak ada hujungnya.

hopefully, setakat ini apa yang
daku taip tidak lari dari tajuk :)

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now