e m p a t e m p a t

431 60 1
                                    

Langkah aku menjadi lambat bila turun sahaja dari atas, terlihat Eunji di ruang tamu sedang berbual mesra dengan Mama. Ini lagi satu hal yang buat aku gelisah, dia boleh dikatakan setiap hari datang sini. Iya Taehyung ada cerita pada aku, yang Eunji adalah anak rakan perniagaan Papa. Jadi kononnya, dia selalu datang ini sekadar untuk mengeratkan hubungan.

Tapi lain pula yang aku rasa, semak.

Aku tahu ada yang sedang dia rancangkan untuk kenakan aku nanti. Melalui pandangan matanya yang penuh dengan dendam itu juga aku sudah dapat menekanya dengan baik.

Lengan Taehyung lantas aku pegang. Menundukkan pandangan aku ke lantai, tambah panas hati aku tengok Eunji. Taehyung mungkin sedar kelakuan pelik aku bila dia usap tangan aku yang memegang lengannya. Hati-hati aku dipimpin ke sofa.

“Morning, Ma. .” Taehyung menyapa Mama, sebelum melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

“Oh, morning sayang-sayang Mama berdua.”

“Morning Taehyung. . .”

“Err ya, morning Ji,” Aku tahan telinga sahaja mendengar suara Eunji yang sengaja dilentokkan. Aku perasan Taehyung melirik aku sekilas. “Emm Ma, mana Papa?”

Mama yang sedang mengupas buah oren, melarikan pandangan ke kiri dan kanan sebelum menjungkit bahu. “Tak tahulah Tae, tadi ada ambil angin di taman belakang. Rasanya dia sudah naik atas, mandi mungkin. Kenapa?”

“Tak, Tae ada mahu bincang dengan Papa. Pasal rancangan nak bawa Shin balik kampung. Jadi—”

“Ma. .Shin nak oren boleh?”

Terdiam terus Mama dengan Taehyung sambil pandang aku. Okay, apa salah aku sekarang ini? Bukan aku tak fokus dalam perbincangan itu, tapi sukar untuk aku fokus bila buah oren segar itu tarik perhatian aku. Nampak sedap, tahu.

“B-boleh, tentulah boleh,” Mama letakkan sebahagian buah yang siap dikupas ke dalam pinggan kecil lalu dihulurkan pada aku. “Oren ini masam sedikit, iya.”

“Itu yang sedap.” Ujar aku sebelum menyuakan seulas demi seulas buah oren ke dalam mulut. Sedapnya tidak terkata. Kena dengan selera aku.

“Tak masam ke, Shin?”

“Tak langsung, sedap sangat.”

Mama terus pandang aku dengan Taehyung dengan pandangan yang aneh. Aku salah apa ini?

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now