e m p a t t i g a

440 56 1
                                    

Aku menangis sepuas-puasnya, lepaskan segala yang berbuku dalam hati. Perasaan yang selama ini terpendam juga akhirnya terluah dengan airmata. Aku tidak sangka perkara yang terjadi pada ibu, juga berlaku ke atas diri aku. Aku dikhianati oleh seseorang yang aku gelar sebagai kawan. Kes aku dengan ibu sama sahaja, dikhianati hanya kerana seorang lelaki.

Memang manusia boleh menjadi sebegitu kejam dan tidak berhati perut disebabkan oleh cinta?

Aku masih tidak boleh menerima kenyataan ini. Sanggup Eunji hancurkan hidup aku, hanya kerana Taehyung? Sekalipun jika cintanya tidak berbalas, itu bukan salah aku. Langsung aku tidak bersalah. Kenapa aku jadi mangsanya? Aku sendiri tidak tahu yang Taehyung menyimpan perasaan terhadap aku, untuk sekian lamanya.

Cuma, apakah yang telah berlaku ini?

Semua perkara yang terjadi buat aku rasa teruk. Seperti segalanya adalah berpunca dari aku semata-mata. Sedangkan aku tidak tahu menahu hujung pangkal masalah ini, tetapi pada akhirnya, kelemahan aku dimanfaatkan oleh mereka.

Memikirkannya menyebabkan aku bertambah sebak, jadi aku merapatkan lutut ke dada lalu aku peluk erat. Menangis teresak-esak di situ. Hanya satu insan yang terlintas di dalam fikiran aku kala ini. “Ibu. . .Shin tak kuat, bu. Shin rindukan ibu.”

“Sayang?” Aku terus palingkan wajah ke arah lain bila mendengar suara Taehyung. Aku tidak sedar bila dia masuk dalam sini. “Hey, kenapa ni sayang? Awak ada sakit di mana-mana?”

Masih sembunyikan wajah, airmata aku seka kasar sebelum menggelengkan kepala. Nafas cuba untuk aku stabilkan. Perlahan-lahan dia merangkak naik ke atas permukaan tilam lalu mendekati aku sementara aku berusaha membelakangkan dia.

“Kalau tak ada apa-apa, kenapa menangis huh? Bagitahulah, saya risau ni,” Bahu aku disentuhnya dengan lembut. Nada suaranya juga sangat perlahan, mencuba memujuk aku. “Shin Jung, kita sudah jadi suami isteri tahu. Itu bermaksud, takkan ada ada apa-apa rahsia antara awak dan saya. Awak boleh katakan semuanya pada saya, sayang. .”

Aku menggigit bibir, airmata kembali tumpah mendengar setiap bait kata yang keluar dari bibirnya. Entah kenapa, setiap ujaran Taehyung selalu buat aku sedih dan terharu. Mengetahui betapa besar kasih dan sayangnya pada aku. “A-awak yang berahsia dengan saya, Tae. Kenapa?”

“Huh?” Dengan berhati-hati dia palingkan badan aku supaya menghadapnya, dan kali ini aku tidak membantah. Pipi aku diusapnya sambil matanya memandang segenap wajah aku yang memerah. Dia tersenyum nipis. “Cuba katakan, rahsia apa yang awak mahu tahu ini? Saya akan jelaskan pada awak.”

“Berapa lama. . .”

“Hm. .”

“Berapa lama, awak pendamkan kesakitan awak? Kenapa saya tak sedar sebelum ini? Saya layan awak dengan teruk, dan saya tak pernah sekalipun pandang awak. . Berapa banyak luka yang saya berikan pada awak, huh?”

“Untuk waktu yang agak lama,” Jawab Taehyung tenang. Sebaliknya apa yang aku rasa, aku rasa bersalah pada dia sekarang ini. Belakang kepala aku ditariknya supaya mendekat dengannya, lalu dahi aku dikucup lama. “Tapi saya tak kisah dengan semua itu, sebab saya tahu apa yang hati saya mahu. Hati saya sentiasa ingin berada dekat dengan awak. Jadi seberapa lama pun, saya akan tunggu.”

“Awak tak pernah cuba semuka dengan saya walau sekali pun. Awak bersembunyi, dan bila saya jadi begini, barulah awak tunjukkan diri awak.”

“Sebab saya tahu Shin Jung itu sepertimana orangnya, dia nampak sahaja seperti seorang wanita yang kuat dan berani. Tetapi hakikatnya, dia rapuh dan mudah tersentuh. Jadi saya hadir kali ini sebagai kekuatan, bukan lagi sebagai bayang-bayang harapan awak.”

Aku terus memeluk erat tubuh Taehyung, suami aku. Menyambung tangis aku di bahunya. Aku perlukan kekuatan dan semangat dari dia, kerana hanya dia sahaja satu-satunya insan yang boleh aku percayai dan bergantung padanya buat masa sekarang ini.

Aku mula sayangkan dia.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα