e m p a t

828 117 0
                                    

Seminggu dari sekarang adalah hari graduasi, di mana aku telah secara rasminya menjadi graduan. Bermaksud setelah itu, aku akan sibuk mencari pekerjaan pula. Tetapi, macam mana aku mahu menghadap semua orang dengan diri aku yang seperti ini? Sudah malu bila isu Hanseong tiduri aku hebah satu kolej, lagi malu dengan isu panas yang baru sahaja aku timbulkan beberapa hari yang lalu.

Apa yang mereka nampak bukan seperti apa yang sebenarnya sedang aku pertahankan. Aku mempertahankan maruah aku, namun bagi mereka, aku hanya nampak terdesak meminta supaya Hanseong memilih aku diantara ramai-ramai gadisnya. Sungguh cetek pemikiran mereka.

Aku pelik, ke mana sudah sifat perikemanusiaan manusia sekarang ini.

Aku teraniaya!

Rambut aku serabutkan tanda tertekan dengan semua yang berlaku. Lalu badan aku hempaskan ke atas permukaan tilam. Kalau diikutkan mahu sahaja aku menghancurkan muka lelaki biadap itu sekaligus, tetapi aku sedar status aku dengan dia berbeza jauh sekali. Dia berpengaruh sedangkan aku tidak mempunyai apa-apa.

Aku mahu menangis sepuasnya, tetapi airmata itu terasa kering sudah. Aku menangis airmata darah sekali pun, masa tidak akan dapat diundurkan semula. Mustahil!

“Ibu...” Aku tiba-tiba teringat akan wajah ibu sedang tersenyum lembut pada aku.

Aku sudah menconteng arang di mukanya.

Patut aku membunuh diri sahaja?

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now