l a p a n b e l a s

542 69 0
                                    

“Kim Taehyung? Wah, di mana hormat awak pada pihak atasan awak huh? Cik Han, kita berada di dalam tempat kerja jadi tolong profesional.”

Aku mengetap bibir kerana terdiam setelah mendengar teguran itu. Aku bukan sengaja, aku hanya terkejut melihat yang sebenarnya pengarah syarikat ini adalah Kim Taehyung. Jika begitu, bermaksud ia adalah kerana dia aku dapat diterima masuk bekerja dengan mudah.

Aku menundukkan badan tanda maaf. “Saya minta maaf, Tuan. Saya tak akan lakukan kesilapan itu lagi.”

“Tidak mengapa,” Matanya pandanga aku atas bawah sebelum mengerutkan dahinya. “Awak masuk ke sini tanpa membawa apa-apa? Bagaimana awak mahu mencatat nota penting tanpa sebarang peralatan? Awak tahukan tugas awak apa.”

“Ah-oh, sebentar,” Dalam keadaan tergesa-gesa aku berjalan kembali ke bilik kerja aku. Mengambil buku nota kecil bersama pena. Sempat aku membebelkan diri sendiri sebab terlalu cuai. “Saya minta maaf sekali lagi, Tuan.”

Dia mengeluh kasar. “Lain kali tolong ingat, dan jangan cuai,” Pesannya lagi dengan nada suara yang begitu, serius. “Buat peringatan, esok saya ada perjumpaan penting dengan Ryeok Holdings pada pukul dua petang. Ingatkan saya untuk membawa fail merah, faham?”

Laju aku mencatat ke dalam buku nota, sambil menganggukkan kepala. “Fail merah apa iya?”

“Tidak perlu tahu, hanya ingatkan sahaja.”

“Oh, baiklah Tuan.”

“Selepas ini saya mahu keluar, awak lihat tidak fail-fail di atas meja sana,” Aku menoleh memandang ke arah yang ditunding oleh dia. “Awak tolong baca setiap satunya, dan ingat isi kandungannya baik-baik. Dan, tolong aturkan jadual saya untuk hari-hari yang seterusnya. Disebabkan awak adalah pembantu peribadi saya, awak perlu tahu setiap jadual saya, fahamkan?”

Aku angguk laju. “Faham, Tuan.”

“Bagus,” Dia mula berdiri dari kerusi kulitnya, sambil mengemaskan baju kot yang tersarung pada tubuhnya. “Siapkan semua itu, dan jangan pulang sebelum selesai.”

Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu pejabat ini, aku terus melepaskan nafas yang berat. Kenapa aku rasa takut dan gementar bila berhadapan dengan Kim Taehyung versi pengarah syarikat ini ya? Sedangkan sebelum ini aku tidak pernah merasakan yang seperti ini. Aku memandang pula ke arah longgokan fail yang terletak di atas meja tersebut.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. “Banyaknya Ya Tuhan. . . .”

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now