e n a m t i g a

405 57 1
                                    

“Geli tak sayang?”

Tanya Taehyung selepas mencucuk-cucuk kulit perut aku dengan hujung jarinya. Kenapalah Taehyung bertingkah seperti kanak-kanak ini? Aku tidak tahu harus beraksi seperti apa selain hanya tersenyum dan menggeleng.

“Tak geli?” Dia masih lagi cucuk-cucuk perut aku.

Aku ketawa kecil. Tangannya aku tahan. “Sudahlah, apa yang awak cuba buat ini sebenarnya?”

Taehyung memuncung sedepa. “Saya cuma mahu bermain dengan baby saya. . .heee.” Katanya sambil menayangkan gigi.

Taehyung menundukkan badannya, lalu kepala dia baringkan ke atas perut aku. Lagaknya seperti sedang mendengar sesuatu dari dalam. Tangannya pula tak henti-henti mengusap perut aku. Sengihannya melebar sampai ke telinga.

“Hai anak ayah. . .ini ayah tahu, iya? Ingat, dengar suara ayah, ini ayah baby. . .” Ujarnya lagi.

Tiba-tiba aku merasakan tendangan kuat dari dalam yang membuat aku terkejut kecil. Perasaan teruja aku melonjak naik. Tanpa kawalan aku menjerit kecil, merasakan ia berlaku beberapa kali. Perut aku rasa lain macam, tapi aku gembira merasakannya.

“Tae, baby menendang!”

“Uh, di mana?” Taehyung turut teruja.

“Sini, di sini,” Aku tarik tangan Taehyung lalu melekapkan ia pada tepi perut aku. Tempat di mana aku rasakan tendangan tadi. “Awak ada rasa apa-apa tak?”

Sekali lagi berlaku tendangan.

“Wah,” Taehyung melebar sengihannya. Anak matanya membesar pandang aku. “Ada, ada! Wah. . .kuat betul baby tendang.”

Aku ketawa geli hati melihat reaksi lucu Taehyung.

“Sayang, kalau baby tendang rasa sakit tak?”

Aku mengemam bibir seketika sebelum menggelengkan kepala. “Tak juga sakit, tapi rasa dia lain macam sikit. Rasa geli pun ada juga.”

“Iya? Kenapa saya cucuk perut sayang tadi, sayang tak rasa geli?”

Automatik aku menampar bahunya. Entah apa sahaja soalannya. “Awak cucuk macam cucuk belon, macam nak pecahkan perut saya ini. Macam saya mahu rasa geli.”

Taehyung masih menayang senyuman petaknya lalu melekapkan semula kepalanya pada perut aku. “Baby. . .”

Tetapi bila Hanseong lalu di sini, Taehyung berhenti seketika dan pandang dia dengan cebikkan sinis. Untuk beberapa ketika mereka berdua bertukar pandangan dingin. Hanseong mendengus perlahan sebelum menjeling aku sekilas. Langkah diatur naik ke atas.

Aku melihat Taehyung sedang tersenyum kemenangan.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora