e n a m d u a

432 56 1
                                    

Aku tersenyum bahagia tatkala melihat ke arah kaca televisyen kecil yang memaparkan gambaran si comel yang berada di dalam perut aku. Melihatkannya membuatkan perasaan tidak sabar aku melonjak naik. Aku mahu dia segera keluar supaya aku dapat menimang manja dia. Dan satu hal yang lebih menggembirakan aku adalah bila mengetahui yang anak aku perempuan.

Ya Tuhan, aku benar-benar bahagia.

Bukan hanya aku, Taehyung juga tidak kurang reaksinya. Malahan dia terlebih lebar sengihannya bila melihat paparan skrin itu. Tangan aku digenggam kemas oleh dia, bagaikan tidak mahu melepaskannya.

Jauh dalam sudut hati, aku rasa sayu bila melihat Taehyung. Serba salah. Taehyung menjaga aku dengan anak ini, seakan-akan anak ini adalah dari dia. Dia betul-betul berpegang dengan kata-katanya. Aku sedih, sebab bukan anak suami aku yang sedang aku kandungkan.

Hey,” Aku memandang Taehyung bila dia dekatkan wajahnya. Jarinya mengelap pipi aku, sekejap sejak bila aku menangis ini? “Sayang, janganlah menangis. Nanti saya pun menangis.”

Aku tergelak kecil mendengar selorohnya. “Saya bukan menangis, mata saya yang berair.”

Taehyung hanya senyum. Boleh dikatakan sepanjang hari ini dia senyum. Semenjak aku minta dia temankan aku buat checkup lagi memang dia teruja. Katanya tak sabar mahu melihat anak kami.

Doktor yang memeriksa aku berpaling pada kami, lalu tersenyum nipis. “Anak kamu sihat, detak jantungnya stabil, dan pertumbuhan organnya juga seimbang. Kandungan puan sudah cecah enam bulan, kan?”

Aku mengangguk. “Iya doktor.”

“Jadi, selepas ini puan akan merasakan lebih banyak pergerakan, dan tendangan dari bayi.”

Aku menggigit bibir menahan sengihan kebahagiaan aku. Sejujurnya, aku tidak sabar untuk mengalami semua itu. Fasa-fasa yang mungkin tidak dapat aku lupakan.

“Errr. . .apakah kamu mahu salinan scan ini?” Tanya doktor itu.

Baru sahaja aku mahu membuka mulut, bila tiba-tiba sahaja Taehyung mengangkat tangannya. Serentak aku dengan doktor ini memandang Taehyung.

“Iya encik?”

“Saya mahu salinannya enam keping.” Ternganga terus aku mendengar permintaan Taehyung. Apakah, yang benar sahaja, untuk apa dia meminta sebanyak itu?

Manakala doktor ini pula tergelak halus. “Tentulah boleh, encik. Tunggu sekejap di depan iya, saya sediakan salinannya. Nanti saya sertakan bersama preskripsi di kaunter.” Ujarnya sebelum berlalu ke meja komputernya.

Aku tarik lengan Taehyung, sebagai tempat aku berpaut untuk bangkit dari pembaringan. Kaki perlahan aku turunkan ke bawah. “Untuk apa awak minta salinan banyak begitu?”

“Emm. . .simpan?”

Aku hanya senyum sambil menggelengkan kepala. Ada sahaja gelagatnya yang buat aku berasa geli hati. Taehyung pimpin aku keluar dengan berhati-hati, lalu aku mengambil tempat duduk berdekatan dengan kaunter yang dimaksudkan tadi. Taehyung pula pergi berdiri di hadapan kaunter menunggu preskripsi.

Dari kejauhan aku terlihat kelibat seseorang wanita, yang sepertinya aku kenali. Meskipun dia mengenakan cermin mata hitam, aku masih boleh mengecamnya. Jung Eunji, untuk apa dia ke sini? Inikan, klinik ibu dan anak.

Aneh.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now