s e b e l a s

636 76 0
                                    

Aku sudah mula bekerja sejak beberapa hari yang lalu, dan nampaknya berjalan lancar sahaja. Aku tidak mengalami sebarang kesulitan dengan pekerja-pekerja di sini, semua baik dan peramah orangnya. Jadi mudah untuk aku menyelesakan diri. Iya walaupun pada awalnya aku agak janggal untuk berkomunikasi dengan mereka, kerana aku lahiriahnya memang jenis yang tidak pandai bergaul.

Oh tentu sahaja, aku memang tidak mudah mempercayakan orang luar. Aku cuma, trauma dengan masa lalu. Bagaimana ibu dikhianati oleh kawannya sendiri, benar-benar memberikan aku pengajaran yang besar dalam pergaulan.

Tetapi orang memanfaatkan keadaan aku itu, dengan membuat pertaruhan yang bodoh sehingga aku dijadikan bahan ujikaji. Ini yang membuat aku bertambah benci dengan yang namanya lelaki. Mereka sukar untuk diberikan kepercayaan. Sebagaimana aku tidak mempercayai ayah aku sendiri.

Cuma ibu yang terlalu naif, memaafkan sahaja apa yang sudah dilakukan oleh ayah terhadapnya.

“Jung?” Bahu aku ditepuk perlahan, membuat lamunan aku terhenti serta merta. Bahu aku terangkat sedikit. “Awak okay ke tidak ni? Muka awak nampak pucat.”

Aku senyum nipis. “Saya okay, jangan risau. Cuma, lelah sedikit. Hari ini, ramai sungguh pelanggan, kan?”

“Hm,” Dia angguk kepala laju, tanda bersetuju dengan pernyataan aku. “Iya, hari ini ramai yang datang ke sini. Eh bukan, sejak awak mula bekerja di sini sebenarnya kafe ini mula dipenuhi dengan orang ramai. Sebab awak cantik, dan peramah dengan pelanggan.”

Aku mencebikkan bibir lalu tersengih mengejek. “Pandailah awak Kyung, tiada maknanya. Ini dinamakan rezeki, bukan sebab saya.”

“Serius Jung, ini apa yang saya nampak.”

“Sudahlah,” Aku bingkas berdiri dan berlalu semula ke kaunter. “Melayan awak memang tidak akan habis.”

“Betul Jung. . .” Dia masih tidak berputus asa. Aku berpaling seketika lalu menampar lembut bahunya. Suruh dia berhenti. “Aduh, sakitlah.”

“Mengada, sudah pergi sana. Kemas meja nombor enam.” Arah aku dengan serius. Aku bercekak pinggang sambil menatap dia bersungguh.

“Baiklah. . .” Kyung Hwa berlalu membawa tuala bersih untuk mengelap meja.

Apabila aku terlihat ada seorang lelaki bertopi hitam menghampiri kaunter, terus aku kemaskan apron sebelum menyapanya. Senyuman aku lekatkan pada wajah. “Iya encik, mahu pesan apa?”

“Berikan saya espresso dan— Shin awak kerja di sini?!”

Aku kerutkan dahi lalu mendongak melihat gerangannya. Apa salahnya jika aku bekerja di sini? Mengapa begitu banyak manusia yang menyibuk dalam hidup aku?

Kim Chen.

“Memangnya saya berdosa kalau bekerja di sini? Tutup mulut awak, dan nyatakan apa yang awak mahu pesan. Ini bukan masa untuk saya bercerita, sekarang masa kerja saya.”

Dia terus terdiam. Melalui riak wajahnya aku dapat meneka yang dia pelik dengan sifat aku. “Uh. . . Baiklah. Bertenang Shin, saya cuma bertanya sahaja.”

Entahlah, aku memang kuat melenting sekarang.

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang