d u a t u j u h

463 65 0
                                    

Aku melabuh punggung ke atas kerusi selepas membaguskan pakaian aku setelah di periksa oleh doktor sebentar tadi. Hati aku rasa berat dan juga dalam masa yang sama aku merasakan tindakan aku ini bodoh. Tetapi sungguh, aku tidak mampu meneruskannya. Bagaimana jika ibu mendapat tahu soal aku mengandung anak tidak sah taraf ini? Pastinya dia akan berasa malu dengan aku. Cuma anak seperti apakah aku ini.

“Okay. . .puan Han?” Suara lembut doktor wanita ini hentikan lamunan aku tadi. Serta merta mata aku terarah padanya.

Err. . .Cik Han, sepatutnya,” Aku membetulkan nama aku dengan perasaan malu yang amat. Mesti dia sudah berfikiran yang aku adalah perempuan liar sehingga mengandung. “Saya em, saya belum berkahwin lagi.”

“Oh. . .” Dia tersenyum lebar. “Biasalah cik, saya banyak juga berjumpa dengan gadis seperti cik. Mesti bakal suami cik gembira bila dapat tahu yang cik mengandung ini. Baiklah, melalui pemeriksaan tadi, kandungan cik mungkin sudah hampir mencecah usia enam minggu—”

“Boleh saya jalankan proses pengguguran?” Celah aku secara mendadak yang terus membuat mulutnya terkunci. Aku sebenarnya lagi tidak tahan apabila dia terus menerus membuat penerangan tentang kandungan aku. Itu bahkan menyebabkan aku menjadi bertambah berat hati untuk melakukannya.

Tetapi aku harus, aku tidak mahu anak ini.

“Cik yakin, mahu membuang anak cik sendiri?”

Apa yang aku lakukan ini. . .

Saya tidak mahu anak ini, doktor.”

“Beginilah cik, saya akan beri masa seminggu dari sekarang untuk temujanji kita yang seterusnya. Fikirkan tentang pilihan cik betul-betul, jangan menyesal nanti.”

Betulkah tindakan aku ini. . .

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now