-Bab 1-

25.5K 595 38
                                    

  Jika namamu Cinta,
Maka panggillah aku rindu.
 
  Nuha berjalan kelam kabut. Gawat ni!  Dia lewat lagi Ke kelas. Aduilah!  Macam mana lah Nuha ni susun masa dia hah? Ambil masa 5 mnit jugak nak Ke kelas tutoran dari blok kediaman ni. Jenuhlah nak berlari anak.
   
Hari ni pulak Hari Ahad. Hari yang paling sibuk dan letih bagi pelajar kolej Matrikulasi Kelantan. Tidak Kira pelajar sistem dua semester atau empat semester semuanya sibuk.

Tiada pengecualian. Nuha ni memang terkenal dengan kelam kabutnya yang satu itu.

Akhirnya Nuha tiba di depan bangunan tutoran. Kelihatan ramai para pelajar berkumpul di tepi bangunan tutoran.

"Eh dah kenapa semua berkumpul Kat bawah ni? Tak nak masuk kelas Ke diorang ni?" Bingung Nuha.

Kakinya melangkah masuk Ke dalam bangunan tutoran. Tangga dipanjat untuk Ke tingkat 1. Kelas 13-1. Masuk je Ke kelas. Senyap sunyi!  Dia sorang je dalam kelas ni atau lebih tepat dalam bangunan tutoran ni.

Haih pelik bin ajaib ni! Selalunya dialah yang paling lambat nak Ke kelas. Alih-alih dia pulak yang terawal ni apakes? Nombor Lisa pantas didail.

"Wei, Lisa kau Kat mana? Tanya Nuha.

"Dekat depan pejabat Hep lah ni"jawab Lisa.

"Larr, kau buat apa dekat situ? "

"Boleh kau tanya aku buat APA. Hish blur betullah kau ni! P. Mateen lah dia buat amal Hari ni. Dia sediakan makanan percuma untuk para pelajar. Kau taknak turun Ke? Selalunnya part makan free ni kau laju je" seloroh Lisa.

"Choi! Yelah aku on the way. Makanan free kot Gila aku taknak. Haha"

Pantas Nuha melangkah untuk Ke depan pejabat Hal ehwal murid.
Fuh! Ramai gile tengah beratur ambik makanan. Baru je sampai Ke tangan dia makanan alih-alih makanan tu jatuh atas jasa perempuan yang melanggar dia.

"Ops! Sorry, aku tak nampak kau tadi" senang macam tu je dia mintak maaf?

"Eh kepala hotak kau tak nampak, apasal kau ni Dahlia? Sejak dulu lagi dengki dengan aku. Kau nak APA sebenarnya hah? " Nuha menyembur.

"Ewah perempuan ni aku dah cakap sorry tadi kan. Aku tak nampak kau lah. Kau bukannya cantik sampai aku nampak kau dasar Mata empat" sembur Dahlia balik.

"Eh kau diam eh, langgar orang membabi buta. APA kau ingat kau tu lembu hitam Ke yang selalu sodok orang tu" Nuha tak mengalah.

Nak lawan dengan orang biadap, kita pon kena biadaplah jugak. Nuha sedar dia bukannya gadis lemah lembut yang cepat menyerah kalah macam gadis dalam drama TV3 tu. Selagi boleh lawan,lawan. Menyerah kalah Tu perkara terakhir bagi seseorang yang bernama Nuha.

"Eh ni apa bising-bising ni? "Tegur seorang pensyarah lelaki.

Prince Mateen!

Eh bukan prince Mateen kerajaan Brunei tu. Tapi dia digelar p. Mateen memandangkan hidup dia semewah prince Mateen, dan agak seiras dengan putera kerajaan Brunei itu.
Bagi pelajar perempuan, p. Mateen sangat tekenal. Bagi Nuha pula. Hmm entah! Biasa jer p. Mateen tu.

Entah apalah yang orang tengok dekat p. Mateen pon Nuha tak tahu.
Well let said, it's not important for Nuha?

"Dia ni sir, buta tak nampak agaknya saya sebesar anak gajah dekat tepi dia"sinis Nuha.

"Eh perempuan kau tu yang buta. Dahlah rabun. Tak sedar diri!" Marah Dahlia.

Baru je Nuha ingin menjawab, P. Mateen pantas memotong.

"Dah, Hal makanan pon nak gaduh. Complicated betullah korang ni. Jom ambil makanan baru" ajak p. Mateen.

Nuha pantas mengikut langkah p. Mateen. Sempat lagi Nuha berpaling dan menghadiahkan Dahlia dengan lidah yang terjulur keluar sedikit. Tanda kemenangan.

Dahlia hanya mengepal jari. Cis Dasar Nuha! Dahlia menghentak kakinya persis anak kecil.

Nuha hanya tersenyum menang. P. Mateen yang melihat adegan itu hanya menggeleng kepala. Tak matang betul diorang ni!

"Nah makanan" hulur p. Mateen.

"Thank you sir" Nuha pantas mengambil makanan tanpa memandang p. Mateen.
Yelah makanan lagi menarik dari manusia. Haha.

Selepas mengambil makanan para pelajar bergegas Ke kelas masing-masing bagi memulakan pelajaran mereka. Hari yang berlalu sangat padat buat para pelajar.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now