PENGENALAN

24.1K 670 105
                                    

Assalamualaikum, readers!

Untuk pengenalan ni, author cuma nak bagitahu beberapa hal dulu sebelum baca dan dalami kisah ni. Mungkin akan ada spoiler yang author sengaja sebut atau tak sengaja sebut. Harap maklum.

Untuk cerita GADIS MILIK EZEKIEL ni sebenarnya buku kedua author. Buku pertama author namanya LOVING MR MAFIA dan boleh di cari di akaun Wattpad author.

Author nak ingatkan terlebih dahulu yang author ni sukakan genre Action, Romance and Thriller. Jadi, buku-buku author pun ber-genre yang sama. Mesti ada sesetengah readers yang pernah dengar genre Dark Romance, genre ni lah yang campurkan tiga-tiga tu sekali. Cuma, genre Dark Romance ni belum di buat lagi dekat Wattpad atau mana-mana app membaca yang lain. So, author letak untuk buku ni genre Action.

Bagi readers yang dah pernah baca buku LOVING MR MAFIA sampai habis, dukacita di maklumkan, buku GADIS MILIK EZEKIEL ini tidak ada kena-mengena dengan buku LOVING MR MAFIA tu. So, ini bukan cerita tentang anak-anak Sergio & Damia atau Aressa & Dayren atau Humairah & Malique atau pasangan-pasangan lain dalam cerita LOVING MR MAFIA tu.

Bagi pembaca yang tak pernah vote atau comment sepanjang part di dalam buku ini, author maafkan sebab mungkin ada sesetengah readers yang tak sukakan penulisan author ni. Tak apa. Author pun sedang mencuba untuk menjadi penulis buku yang terbaik untuk semua.

Di dalam buku ini, 90% idea adalah dari author sendiri tanpa meniru buku-buku penulis lain dari app ini atau app lain. Lagi 10% idea adalah dari kawan-kawan, keluarga atau readers sendiri. Jadi, mana-mana yang bagi cadangan idea, yang mana yang author rasa suka dengan idea tu, author akan ambil. Terima kasih dan author hargai pembaca-pembaca sekalian.

Sebenarnya buku GADIS MILIK EZEKIEL ni author dapat ilham nak terbitkan buku ni beberapa jam selepas publish buku pertama author. Tak tahu kenapa, mungkin sebab lepas terkeluar dari beban menulis idea dalam buku pertama author, berpusu-pusu idea lain muncul.

Sekian, itu sahaja yang author nak cakap setakat ni. Terima kasih kerana sudi membaca buku GADIS MILIK EZEKIEL. Dan author sangat-sangat berterima kasih kepada yang sudi vote and comment di dalam buku ini.

Banyak-banyak terima kasih.

-21/8/2021
-12:21 p.m

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now