Part 36 - ALREADY MISS YOU

7K 338 6
                                    

Okay, dah penat nak cari pick up line lagi. Author guna quote positive atau quote sedih je lah. Setiap part akan ada satu quote. Kalau author rajin author buat dua lah. Satu dekat atas, satu dekat bawah.

Tapi, rasanya jarang terjadi kot. And, quote yang author letak kebanyakannya ada kena mengena dengan jalan cerita part tersebut. Sekian. Harap maklum.


★★★

Amarah yang ada di dalam diri kita tidak akan dapat menyelesaikan segala perkara. Baik yang kecil, mahupun besar. Jadi, cara yang sepatutnya kita lakukan adalah berusaha dan bertawakal kepada-Nya agar urusan di permudahkan.

-Author

★★★

Beberapa jam sudah berlalu. Langit yang tadinya berwarna kuning bertukar hitam gelap menandakan sudah pun malam.

Hanani Aqilah kini sedang duduk bersendirian di stesen RNR selepas solat maghrib dan isyak yang di jama' sekali memandangkan dia sudah pun dua marhalah lebih daripada rumah agam yang di duduki nya sebelum ini.

Atau lebih tepat lagi, rumah agam Smith Ezekiel.

Dia mengeluh halus. Roti perisa coklat yang berada di dalam genggamannya sekarang di pandang. Dia mampu sahaja mahu membeli makanan yang lebih sedap dan mengenyangkan, tetapi, dia takut orang cam wajahnya pula.

Dia mengoyakkan plastik roti tersebut sebelum mengunyahnya dengan lahap. Daripada tengahari tadi hingga sekarang dia belum mengisi perut lagi. Rancangannya mahu makan bersama-sama suami 'tercinta', tapi lain pula yang jadi.

Poor our female lead.

"Assalamualaikum, Hana kan?"

Merasa dirinya di panggil, Hanani Aqilah terus mengangkat kepalanya. Daripada wajah yang tadinya bermuram durja, kini bertukar menjadi riak wajah gembira campur terkejut. Wanita itu pantas berdiri memandang susuk tubuh di hadapannya itu.

"Waalaikumsalam, Nafis!"

Lelaki yang di panggil Nafis itu tersenyum lebar. Tidak sangka dapat berjumpa teman sekolah rendahnya dahulu di tempat seperti ini.

"Wah... Dah cantik kau eh? Dulu biasa-biasa je." Puji Nafis sambil memandang atas bawah Hanani Aqilah.

"Biasa lah. Kau pun apa yang tak kurangnya. Makin kacak. Kalau dulu kau gemuk, sekarang badan dah macam abang sado weh! Huuu... Tak sia-sia dulu aku berkawan dengan kau." Hanani Aqilah melepaskan tawa kecilnya bercerita tentang masa silam bersama Nafis.

"Hahaha... Eh, by the way, kenapa kau duduk sini sorang-sorang? Tak takut kena makan hantu ke?"

"Mana ada hantu makan manusia! Mengarut je lah kau ni."

"Ya lah ya lah. Aku tanya kau tak jawab lagi ni, kenapa kau duduk sini sorang-sorang?"

"Aku... Aku... Aku lari rumah."

Nafis terdiam buat beberapa minit. Yang berada di fikiran lelaki itu tika ini adalah mungkin sahabat lamanya ini mempunyai masalah dengan keluarga nya. Dia sudah lama tidak bertemu keluarga Hanani Aqilah jadi dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Jom, aku tumpangkan kau. Pergi mana-mana yang kau nak."

Hanani Aqilah terdiam seketika. Keretanya juga sudah pun kehabisan minyak akibat terlalu lama memandu tanpa mengisinya sedikit pun di stesen minyak.

"Um... Tak susah kan kau ke?"

"Tak ada lah. Aku pun sekarang tengah dalam perjalanan nak balik rumah. Setakat ni, tak ada benda penting yang aku kena buat."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now