Part 39 - BAD NEWS

7.2K 343 3
                                    

Cinta itu bukan tentang siapa yang terbaik dan yang paling menarik, tapi tentang siapa yang dapat menerimamu dengan baik.

-Smith Ezekiel

★★★

Sampai sahaja di hospital milik Aurel, Smith Ezekiel terus berlari pecut masuk ke dalam. Apabila katil bergerak menghampiri, dia terus meletakkan Hanani Aqilah di atasnya sebelum mula menolak katil tersebut.

Doktor-doktor dan para pembantu doktor yang melihat sedikit terkesima dek kerana lelaki itu yang membawa pesakit dengan kelajuan di atas rata-rata. Kasihan wanita itu.

Bam!

Bilik merawat khas di rempuh sesuka hati Smith Ezekiel. Aurel dan beberapa orang doktor segera mengambil tempat. Smith Ezekiel di suruh agar menunggu di luar. Risau jikalau lelaki itu membuat sesuatu yang di luar jangkaan.

Smith Ezekiel duduk di kerusi yang di sediakan. Wajahnya di raup kasar. Betapa bodohnya dia membiarkan semua ini berlaku. Dia pasti akan mencari siapa pelakunya sehingga ke lubang cacing.

Buk!

Buk!

Brak!

Dinding hospital sudah berlubang besar dek kerana tumbukan padu daripada Smith Ezekiel. Matteo yang memerhati dari jauh hanya mampu mengeluh. Anak-anak buah yang lain di suruh agar menghalang orang lain daripada melihat apatah lagi mengambil gambar kelakuan tuannya itu.

Risau jikalau ada musuh yang ternampak dan seterusnya berlaku perlawanan tidak rasmi di sini.

Klak!

Pintu bilik rawatan khas tersebut terbuka membuatkan Smith Ezekiel pantas mendatangi Aurel yang sedang berjalan keluar.

"Macam mana?"

"Aku ada dua berita. Berita baik... Dengan berita buruk. Kau nak dengar yang mana satu dulu?"

"Good first."

"Okay, Hana cuma pengsan dan nanti dia akan bangun sendiri. Lepas ni, aku akan letak dia dekat wad VVIP." Jelas Aurel ringkas. Entah hanya Smith Ezekiel sahaja yang merasa begini atau orang lain juga merasa bahawa berita ini bukan berita yang baik. Kerana ini lebih kepada pemberitahuan dan penerangan sahaja.

"And the bad is?"

"And the bad is... Isteri kau di sahkan gugur. Dia mengandung dah tiga minggu jadi kesimpulannya, itu adalah anak kau. Bahagian intim Hana koyak besar sebab di rogol secara paksa dan kasar. Berkemungkinan besar isteri kau akan dapat trauma yang lebih teruk lagi dan ada masalah trust issues lepas dia bangun nanti. Aku harap, kau dapat kawal diri daripada naik angin depan Hana."

Nafas Smith Ezekiel turun naik sedari tadi mendengar berita buruk yang di sampaikan Aurel itu. Dia memaki dan mencemuh diri sendiri kerana gagal melindungi isteri sendiri.

Dia akan pastikan pelaku yang memperkosa serta membunuh anaknya itu akan mendapat balasan yang setimpal!

"Aku pergi dulu. Apa-apa call aku je. Nanti aku datang."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now