Part 21 - EZEKIEL'S FAMILY

7.9K 443 20
                                    

Italian boy or Malaysian boy?

Mungkin ada yang belum tahu, author sarankan jangan guna perkataan 'Bae' untuk seseorang yang readers cinta atau suka. Example boyfriend or girlfriend lah.

Sebab maksud Bae adalah tahi.

★★★

Helikopter yang di terbangkan Dion akhirnya selamat mendarat di lapangan terbang peribadi milik Smith Ezekiel. Lelaki itu turun sambil mendukung gadis kecilnya itu di ikuti Dion, Matteo dan Aurel.

Mereka berjalan mendekati beberapa buah kereta yang sememangnya tersedia di situ  meninggalkan helikopter tersebut begitu sahaja. Akan ada seseorang yang mengendalikan helikopter itu.

Tubuh Hanani Aqilah di letakkan di sebelah tempat pemandu. Kerusi di tolak hingga ke bawah membuatkan gadisnya boleh berbaring di dalam kereta.

Pintu di tutup sebelum dia berjalan laju masuk ke bahagian pemandu pula. Enjin kereta di hidupkan lalu di memulakan pemanduannya. Kereta-kereta yang di pandu Dion, Matteo dan Aurel juga turut bergerak mengikuti kereta Smith Ezekiel dari belakang.

Tiga puluh minit berada di atas jalan raya, akhirnya, mereka sampai di sebuah rumah yang sangat besar dan gah terletak di pedalaman hutan. Smith Ezekiel segera keluar mendukung gadis kecilnya semula ala-ala bridal style dan memasuki rumah tersebut.

"Bentornato a casa, signore!"  (Selamat pulang, Tuan.) Laung kira-kira seratus orang lelaki berbadan sasa sambil menunduk hormat ke arah Smith Ezekiel.

Selepas beberapa saat, baru lah mereka bangun semula. Smith Ezekiel tetap mengekalkan wajah datarnya sama seperti Matteo. Manakala Dion pula hanya mempamerkan wajah tenang memandang lurus ke hadapan.

Aurel pula sudah berada di rumah keluarganya sendiri yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah keluarga Smith Ezekiel.

"Bentornato a casa, Zeke." (Selamat pulang, Zeke.) Seorang lelaki yang rambutnya sudah pun putih berjalan mendekati Smith Ezekiel.

Lelaki itu menunduk sedikit kepada lelaki tua tersebut. Encik Smith Henderson, atau lebih tepat lagi bapa kepada Smith Ezekiel hanya tersenyum kecil memandang anaknya itu.

Puan Bianca Amelia, ibu kepada Smith Ezekiel yang berdiri di sebelah Encik Smith Henderson juga turut melemparkan senyuman manisnya memandang wajah datar anaknya itu.

"Dopo anni senza vedervi, siete ancora gli stessi di un tempo Smith Ezekiel. Freddo e bello."  (Selepas bertahun-tahun tidak berjumpa, kamu masih tetap sama seperti Smith Ezekiel yang dulu. Dingin dan kacak.) Ucap Puan  Bianca Amelia bersama senyuman yang masih tidak luntur dari wajah tuanya.

"È questa la donna di cui sei così ossessionato che sei disposto a sederti in Malesia per così tanti anni? Bellissimo. Come prima." (Ini kah perempuan yang kamu tergila-gilakan sampai sanggup duduk di Malaysia bertahun-tahun itu? Cantik. Sama seperti dahulu.) Encik Smith Henderson pula berkata membuatkan Smith Ezekiel tersenyum nipis.

Gadis kecilnya sememangnya cantik.

"Devi essere stanco per ore in elicottero, vero? La mamma ha detto alla cameriera di pulire la tua stanza. Faresti meglio a riposarti prima, giusto? Domani ne riparleremo." (Kamu mesti penat kan berjam-jam di dalam helikopter itu? Ibu dah suruh maid kemaskan bilik kamu. Lebih baik kamu rehatkan diri dahulu ya? Esok kita berbual lagi.)

"Bene, madre." (Baik, ibu.)

Smith Ezekiel mula melangkah mendaki tangga lalu terus masuk ke dalam biliknya. Jam tangan di tilik sekilas. Sudah pukul sepuluh malam. Patut lah badannya terasa agak lenguh.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now