Part 22 - THE TRUTH

7.6K 508 34
                                    

Ferrari or Porche?

★★★

"Encik, kita sebenarnya dekat mana?"

Smith Ezekiel tersenyum lebar memandang Hanani Aqilah. Encik Smith Henderson dan Puan Bianca Amelia juga turut tersenyum memandang Hanani Aqilah.

"Welcome to Itali, baby."

"I-itali? Bila saya dekat sini? Kenapa saya tak ingat apa-apa?"

"Sebab..."

FLASHBACK

Pang!

"AKU ADA HAK LAH, BODOH! KAU JANGAN SAMPAI AKU UBAH FIKIRAN DAN JADIKAN KAU PELACUR AKU. SIAL! BANGANG!"

Buk!

Nafas Smith Ezekiel termengah-mengah. Dinding menjadi retak hanya dengan sekali penumbuk lelaki itu. Hanani Aqilah memandang ke arah dinding tersebut. Matanya berkaca dan tangannya mula menggigil halus.

Segala percakapan dan perbuatan lelaki itu mengingatkan dia kepada arwah bapanya. Nafas menjadi tidak sekata. Tempat di mana dadanya berada di pegang.

Sakitnya, Allahu.

"En-encik..."

Smith Ezekiel terus memandang ke arah Hanani Aqilah. Wajahnya yang bengis serta-merta bertukar menjadi riak risau dan cemas. Pil di dalam laci di keluarkan lalu di sumbat paksa ke dalam mulut Hanani Aqilah.

Selepas menelan pil tersebut, nafasnya perlahan-lahan menjadi normal. Bibirnya dan kulitnya yang agak pucat sedikit sebanyak membuatkan Smith Ezekiel kalut.

"Hana! Please wake up. Don't be like this. Wake up!"

Ubat pil tadi di ambil lalu di periksa semula. Matanya terbeliak luas apabila menyedari bahawa itu bukan lah ubat panic attack milik gadis itu, tetapi, ianya adalah ubat pengsan.

Ah shit!

Smith Ezekiel mengetap rahangnya kuat menahan marah. Dia mengutuk dirinya sendiri atas kekhilafan yang membuatkan gadis kecilnya mampu tidak sedarkan diri buat waktu yang lama.

FLASHBACK END

Wajah Hanani Aqilah serta-merta berubah apabila mendengar perkara sebenar. Dia bingkas bangun dari duduknya apabila menyedari dirinya duduk di atas riba lelaki itu sedari tadi. Wajahnya memerah kerana malu.

"La tua futura moglie è così carina, Zeke." (Bakal isteri kamu sangat comel, Zeke.)

"Lo so." (Saya tahu.)

Perbualan di antara anak beranak itu sedikit sebanyak menghilangkan suasana janggal di dalam ruang makan tersebut. Tidak membuang masa keemasan itu, Hanani Aqilah laju berlari meninggalkan tiga sekeluarga itu.

Kakinya melangkah semakin laju menuju ke arah pintu utama yang kebetulan sedang terbuka luas. Namun, belum setapak dia melangkah keluar dari rumah itu, pinggangnya di tarik kuat dari belakang sekaligus membuatkan dia menjerit nyaring.

"You can't run away from me, baby."

"Lepas! Saya tak nak nikah dengan awak!" Percakapannya sedikit bergetar menahan marah dan takut. Di dalam masa yang sama, gadis itu menahan kesakitan di kakinya yang lebam itu.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now