Part 42 - SHE CRIED

7.2K 356 15
                                    

Ini adil jenis apa? Ketika kamu mendiamkanku berwaktu-waktu, sementara aku merindukanmu tak pandang waktu?!

-Smith Ezekiel

★★★

Beberapa hari sudah berlalu. Hanani Aqilah masih lagi di tempatkan di hospital tersebut kerana masih belum benar-benar sihat.

Smith Ezekiel mula sibuk dengan kedua-dua pekerjaannya namun dia pasti tidak akan lupa untuk melawat isterinya di hospital. Meskipun Hanani Aqilah masih melakukan perang dingin dengannya.

Tika ini, Hanani Aqilah sedang diam memerhati ke luar tingkap bilik VVIP nya. Badan wanita itu sudah pun kurus kering, berbeza dengan keadaannya yang dahulu. Walaupun makanan akan di hidangkan empat kali dalam sehari, Hanani Aqilah hanya akan mengisi perut dua kali sahaja iaitu pada waktu tengahari dan malam.

Kadang-kala wanita itu lansung tidak mahu makan membuatkan semua orang risau dan cemas. Lebih-lebih lagi Smith Ezekiel. Bukannya tidak ada yang menasihat atau menegur, tetapi, sudah beribu-ribu kali kata-kata teguran di keluarkan siapa pun namun Hanani Aqilah tetap dengan pendiriannya.

Jam di dinding di pandang sekilas Hanani Aqilah. Sudah pukul lima petang. Dengan berhati-hati, wanita itu bangun lalu menghampiri kerusi roda yang terletak berhampiran dengan katilnya.

Bahagian kemaluannya itu masih terasa sakit dan pedih walaupun sudah beberapa hari berlalu. Sebenarnya dia boleh saja memanggil nurse datang menolak kerusi rodanya. Namun, sejujurnya dia masih tidak mahu melakukan sentuhan fizik dengan sesiapa pun. Kerana akal wanita itu seakan-akan menetapkan bahawa semua orang di dunia ini mahu berbuat jahat dengannya.

Roda di tolak Hanani Aqilah sehingga ke pintu biliknya. Di sebabkan badannya yang semakin kurus, tenaganya juga ikut lemah sedikit demi sedikit.

Klak!

Pintu di tolak lalu wanita itu cepat-cepat menolak kerusi rodanya ke luar bilik. Hanani Aqilah bernafas lega kerana akhirnya dia dapat keluar dengan sendirinya.

Roda di tolak semula sehingga ke hadapan pintu lif. Aurel yang kebetulan mahu ke menggunakan lif terserempak dengan isteri sepupunya itu.

"Eh? Hana nak pergi mana? Saya tolong tolak kan wheel chair tau."

Hanani Aqilah memandang Aurel lama sebelum mengangguk perlahan. Kalau di ikutkan hati, mahu sahaja dia menolak tawaran lelaki itu. Tetapi, badannya terasa sangat lemah tika ini.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Aurel segera menolak kerusi roda Hanani Aqilah masuk ke dalam lif tersebut.

Butang ke tingkat utama di tekan. Tidak perlu di tanya lagi, sememangnya Aurel sudah tahu akan kebiasaan wanita itu setiap petang mengambil angin di taman belakang hospital miliknya.

"Hana... Awak tak nak maafkan suami awak lagi ke? Kesian dia. Sampaikan dia tak jaga diri dia betul-betul dah. Macam orang tak siuman kalau tengok suami awak tu lama-lama."

Hanani Aqilah diam tidak menjawab.

Dia bukan tidak melayan lelaki itu tanpa alasan. Dia buat semua ini supaya dapat memberi pengajaran kepada Smith Ezekiel agar menjaga kata-kata lelaki itu selepas ini. Tambahan pula, dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu akan bertahan dengan peperangan dingin yang di cetuskan olehnya ini.

Ting!

Pintu mula terbuka. Aurel menolak kerusi roda yang di duduki Hanani Aqilah sehingga ke taman belakang hospitalnya. Terlihat beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun sambil tersenyum riang membuatkan Hanani Aqilah juga ikut tersenyum.

Serta merta dia teringat akan anaknya yang gugur itu. Perut kempisnya di usap perlahan. Tiba-tiba saja, matanya mula mengepam air mata. Ibu mana sahaja tidak sedih jika anaknya meninggal sebelum sempat di lahirkan lagi?

"Maaf sayang, mama gagal jaga sayang elok-elok. Mama minta maaf sangat-sangat. Anak mama mesti dah bahagia kan duduk dekat syurga sana? Nanti jemput mama tau." Hanani Aqilah mengetap bibirnya menahan esakan yang hampir keluar.

Aurel segera berjalan menjauhi wanita itu kerana ingin memberi ruang untuk Hanani Aqilah bersendirian. Dia kasihankan wanita itu. Sudah lah di rogol, di pukul, dan dalam masa yang sama anak suci yang di kandungnya gugur tanpa di pinta.

Allahu. Besarnya ujian dari kamu, Yang Maha Esa.

Smith Ezekiel yang memerhati sedari tadi hanya mampu mengeluh panjang. Hari demi hari keadaan isterinya semakin teruk. Sering menangis tanpa mengira waktu, termenung lama, berjaga setiap malam dan kadangkala wanita itu akan menoreh pergelangan tangan sendiri tanpa alasan.

"Ezekiel, pergi lah berbual dengan isteri kau sana. Daripada kau tengok dari jauh macam ni, lagi bagus tatap muka dia depan-depan. Apa yang kau buat ni, macam orang pengecut tahu tak?" Aurel berkata sambil memandang wajah murung sepupunya itu.

Smith Ezekiel mengeluh sekali lagi. Bukan dia tak nak, tapi, rasa bersalahnya semakin menggunung apabila memandang wajah kosong isteri kesayangannya itu. Dia tahu dia gagal mempertahankan isteri dan anaknya.

"Aku takut lah..."

"Heh! Waktu bunuh orang tak takut. Tapi, bila nak jumpa isteri sendiri depan-depan takut pula! Dasar lelaki!"

"Habis kau tu apa? Sajat? Pondan?"

Aurel tersenyum sinis. Dadanya di tepuk beberapa kali sambil memasang wajah bangga bagaikan minta penampar.

"Aku ni, lelaki sejati tau. Bukan macam kau."

"Ceh! Lelaki sejati apa benda nya. Aku dengar cerita pernikahan kau kena tangguh sebab bakal bini larikan diri. Kalau betul kau lelaki sejati, kenapa adik aku buat macam tu?"

Wajah Aurel berubah masam. Okay, dia kalah.

"Dah lah! Daripada aku layan perangai kau, baik aku pergi jumpa pesakit. Cau!"

Smith Ezekiel menggelengkan kepalanya memandang gelagat Aurel. Tetapi, apa yang baru sahaja di katakan nya sememangnya benar. Vionara larikan diri tepat-tepat waktu pernikahan dah nak mula.

Kasihan ini anak.

Beberapa minit berlalu. Namun, Smith Ezekiel masih berdiri tegak di tempatnya sambil memerhati Hanani Aqilah dari jauh. Akhirnya, lelaki itu memutuskan untuk berjalan menghampiri isterinya.

"Assalamualaikum, sayang."

Hanani Aqilah pantas mengelap air matanya. Wajah suaminya di pandang. Smith Ezekiel sedikit terkejut kerana selama ini wanita itu sering mengelak dari memandang tepat ke anak matanya.

"Waalaikumsalam."

"Abang tak salah dengar kan? Sayang balas salam abang tadi kan? Gosh, abang happy sangat akhirnya sayang layan abang macam dulu." Smith Ezekiel tidak mampu lagi menahan senyumannya dari melebar menghiasi wajah tampannya.

"A-abang... Saya nak minta sesuatu... Boleh tak?" Soal Hanani Aqilah perlahan.

"Boleh-boleh! Mestilah boleh! Apa saja yang sayang nak abang tunaikan." Beria-ria Smith Ezekiel menjawab. Dah macam budak-budak dapat gula-gula dah.

"Saya nak..." Teragak-agak Hanani Aqilah berkata membuatkan Smith Ezekiel semakin excited.

"Sayang nak apa?"

"Saya nak... Umm..."

"Sayang nak...?"

"Saya nak anak!"

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

TO BE CONTINUED

-21/11/2021
-5:50 p.m

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now