Part 13 - CINTA

10.3K 494 16
                                    

Happiness or broken?

★★★

Seawal jam tujuh pagi lagi Hanani Aqilah sudah bersiap memakai gaun paras buku lali yang berwarna agak gelap dan suram. Dan tika ini, dia sedang duduk di birai katil sementara menunggu lelaki itu siap memakai pakaian di badan.

Klak!

Matanya terus teralih pada wajah lelaki itu lalu memandang atas bawah pemakaiannya. Gelap dan suram, sama sepertinya.

"Dah, jom pergi sana."

Namun, baru beberapa langkah, Hanani Aqilah mula berhenti di ikuti Smith Ezekiel. Wajah lelaki itu berkerut hairan memandang gadisnya.

"Why, amore mio?"

"Saya takut lah..."

"Takut apa?"

"...Orang ramai. Mana tahu dekat kubur nanti ada pengebumian mayat lain?"

Smith Ezekiel tersenyum nipis. Itu rupanya yang di takuti gadis itu. So cute!

Tidak sedar kah lelaki itu bahawa Hanani Aqilah mempunyai trauma? Boleh pula di katakan ketakutan gadis itu comel. Gila.

"Don't worry, amore mio. Kau belum pergi sana lagi kan? Belum tahu lagi kuburnya dekat mana kan? Kalau ada orang ramai, kita balik terus. Esok boleh pergi lagi."

Hanani Aqilah diam sebentar. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Mereka mula berjalan keluar dari bilik dan terus masuk ke dalam lif.

Butang lif ke tingkat utama di tekan. Serta-merta lif bergerak laju ke bawah. Pintu terbuka sahaja, terus Smith Ezekiel keluar sambil memimpin tangan Hanani Aqilah.

Gadis itu hanya tunduk memandang lantai sambil mengikuti langkah besar lelaki di hadapannya. Pandangan beberapa orang maid dan pengawal yang berjaga di kawasan itu sedikit sebanyak menakutkan hati kecilnya.

"Amore mio, jangan tundukkan kepala. Nanti mahkota kau jatuh."

"Hah? Saya pakai mahkota ke?"

Smith Ezekiel hanya mampu tersenyum kecil memandang wajah polos gadisnya. Sabar je lah. Nasib baik sayang.

***

Sampai sahaja di kawasan perkuburan, mata Hanani Aqilah terus melilau memandang sekeliling. Namun, kawasan perkuburan Islam itu kelihatan agak lain daripada yang lain. Dahinya berkerut halus dan sempat di perasan Smith Ezekiel.

"Kawasan ni sebenarnya milik aku. Jadi, hanya orang tertentu sahaja yang boleh di kuburkan dekat sini. Kubur arwah mak dengan bapak kau paling hujung sekali." Jelas Smith Ezekiel tanpa perlu di soal terlebih dahulu.

Lelaki itu segera keluar dari perut kereta bersama gadisnya. Mereka berjalan beriringan menuju ke pusara arwah kedua-dua orang tua Hanani Aqilah.

Satu jam selepasnya...

Selesai membaca surah Yassin dan melepaskan rindu, Hanani Aqilah perlahan-lahan bangkit dan berjalan pulang. Smith Ezekiel mengikuti dari belakang. Air mata di seka lembut tidak mahu di lihat orang lain.

Matanya tiba-tiba tertancap pada beberapa pusara yang berada di luar pagar tempat perkuburan itu. Keningnya bertaut pelik.

"Kubur-kubur tu kenapa dekat luar, awak?"

"Itu kubur orang-orang ya--- Eh? Tak ada apa-apa lah. Aku pun tak tahu."

"Ya ke?"

"Ya, dah-dah. Yang mati jangan di sebut. Nanti dia kacau kau baru tahu."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now