Part 12 - CERAMAH

9.7K 555 46
                                    

Single or taken?

★★★

Kereta limousin mewah mulai kelihatan berhenti betul-betul di hadapan pintu utama sebuah mansion yang gah di bina di tengah hutan. Smith Ezekiel mulai menapak masuk ke dalam rumahnya bersama Hanani Aqilah di dalam dukungannya.

"Call kan Aurel dan suruh dia bawa sekali Carlos."

"Baik, Tuan." Pembersih rumah itu menunduk patuh. Dia segera melakukan perintah tuannya tanpa berlengah-lengah.

Seperti biasa, kad di imbas dan terus naik ke tingkat khas untuknya. Smith Ezekiel terus memasuki biliknya lalu membaringkan Hanani Aqilah di atas katilnya yang empuk dan lembut.

Dia segera masuk ke dalam bilik mandi dan membersihkan diri. Usai mandi dan menyegarkan badan, seluar paras peha bersama baju lengan pendek berwarna hitam di pakai dan terus berbaring di sebelah gadisnya.

Namun, belum sempat dia melelapkan mata, bunyi telefonnya yang berdering minta di jawab membuatkan dia berdecit kasar.

"Nak apa?!"

"Aik? Bukan kau sendiri ke yang suruh aku datang rumah kau? Ni aku dah sampai dengan Carlos. Nak suruh kitaorang tunggu atau macam mana?"

"Kau naik tingkat aku. Rawat perempuan aku. Yang Carlos tu, suruh maid  tunjuk bilik dia. Esok pukul sebelas pagi baru aku bincang dengan dia tentang Hana."

"Okay. Cau."

Tut!

***

Tok!

Tok!

Tok!

"Come in!"

Klak!

Susuk tubuh Aurel memasuki biliknya di pandang lama. Belum sempat lelaki itu merawat Hanani Aqilah, bahu Smith Ezekiel di tumbuk kuat Aurel membuatkan dia berkerut sedikit.

"Kau kenapa?!"

"Sepatutnya aku yang tanya! Itu tu, yang dekat kaki Cik Muda Hana tu apa?!"

Buk!

Smith Ezekiel memejam matanya sebentar. Rahangnya yang menjadi mangsa kedua tumbukan Aurel di pegang. Mahu balas sekalipun tiada gunanya. Dia tahu ini memang salahnya.

Tetapi, jangan harapkan dia untuk akui kesalahan sendiri dan meminta maaf kepada gadis itu. Tidak akan.

"Ya lah. Aku tahu ini salah aku. Tapi, aku tak menyesal, okay? Dia yang salah sebab buatkan aku naik angin. Kau pun tahu kan aku tak boleh nak kawal kemarahan aku?"

"Bukan tak boleh, tapi, kau malas sebenarnya nak jumpa doktor psikologi kan? Smith Ezekiel, kau tak pernah terfikir ke tentang diri sendiri? Okay, kalau kau tak fikir tentang diri sendiri sekalipun, cuba lah kasihankan nasib Cik Muda Hana dengan anak-anak kau akan datang nanti. Aku nasihat kan kau sebagai kawan dan doktor kau. Aku tak nak hidup kau hancur hanya kerana masalah anger issues kau tu. Selama ni kau asyik menderita, biar lah esok dan seterusnya kau bahagia. Hidup kau terlalu gelap dan kelam. Berubah lah, Ezekiel." Panjang lebar Aurel menceramahi lelaki itu.

Smith Ezekiel tampak diam dan terkelu. Suara seakan-akan tersekat di kerongkong. Tiada ulasan yang boleh dia bicarakan kerana semua yang di perkatakan Aurel adalah benar.

"Hiks hiks..."

Pandangan kedua-dua lelaki itu terus beralih ke arah susuk tubuh Hanani Aqilah. Ah, gadis itu menangis di dalam lenanya lagi. Rambut Hanani Aqilah di usap-usap sambil peha gadis itu tepuk-tepuk lembut. Sesekali kucupan hangat di berikan di dahi Hanani Aqilah. Aurel hanya memandang tanpa berniat ingin mengganggu dua sejoli tersebut.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now