Part 46 - HE'S BACK

7K 326 2
                                    

Dah nak sampai ke penamatnya ya. Maaf tak banyak chapter macam author-author lain yang lagi pandai menulis. Maaf.

★★★

Mempunyai hubungan dengan seseorang yang egois it's another level of pain.

-Hanani Aqilah

★★★

Hanani Aqilah sudah di benarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari menginap di hospital Aurel. Bukan main excited lagi Smith Ezekiel mendengar khabar tersebut. Sedangkan wanita itu hanya biasa-biasa sahaja.

"Dah, jom." Ujar Smith Ezekiel setelah selesai mengemas pakaian isterinya. Pemegang kerusi roda yang di duduki wanita itu di tolak keluar dari bilik VVIP tersebut.

"Kita tak bayar bil hospital dulu ke?" Soal Hanani Aqilah sedikit khawatir.

"Abang dah bayar dari awal lagi. Sayang tak payah risau pasal benda-benda remeh macam ni tau." Smith Ezekiel menjawab lembut sambil menggosok perlahan bahu Hanani Aqilah.

Kring!

Kring!

Telefon pintar lelaki itu bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Hm."

"Tuan, he... He's back."

"Siapa?"

"Tuan ingat lagi tak pasal lelaki bertopeng yang buatkan Puan Hana trauma? Dia, dah datang semula."

Smith Ezekiel diam seketika. Wajah yang tadinya mempunyai sinar mulai pudar di gantikan pula dengan wajah seriusnya.

"Suruh semua berkumpul. Ketatkan kawalan rumah aku. Lepas aku hantar bini aku, aku datang markas."

"Yes, Sir."

Tut!

Hanani Aqilah memandang suaminya itu dengan kening yang bertaut. Dia juga perasan perubahan riak wajah lelaki itu yang mendadak bertukar selepas mengangkat panggilan tadi. Dan itu membuatkan hatinya tertanya-tanya.

"Sayang, sekejap lagi abang hantar sayang balik. Jangan keluar rumah, jangan tunggu abang balik. Sayang tidur dulu pun tak apa. Okay?" Ujar Smith Ezekiel terburu-buru.

"Kenapa tak boleh keluar rumah pula?"

"Sayang, ikut cakap abang boleh?"

"Ala... Tapi—"

"SAYANG DENGAR CAKAP ABANG BOLEH TAK?! TU PUN SUSAH KE?!"

Terhinjut bahu Hanani Aqilah mendengar jerkahan Smith Ezekiel. Dia kembali diam tidak mengganggu lelaki itu yang sedang memandu. Smith Ezekiel mendengus kuat. Tidak ada masa dia mahu memujuk wanita itu sekarang.

Hanani Aqilah memandang ke luar tingkap. Dalam diam air matanya merembes keluar menyatakan isi hatinya. Ya, dia tahu dia cengeng. Tetapi, ianya bukan seratus peratus salahnya. Boleh sahaja Smith Ezekiel memesan secara lembut dan tidak kasar seperti tadi.

Sreet!

Kereta yang di pandu Smith Ezekiel akhirnya sampai ke perkarangan rumah. Hanani Aqilah segera keluar meninggalkan suaminya itu ketinggalan di belakang. Dari ekor mata nya dia dapat melihat anak-anak buah lelaki itu semakin bertambah dan saling berjaga di setiap sudut.

Bulu roma di tangannya yang tiba-tiba meremang di usap perlahan. Tanpa memikirkan lebih panjang lagi, Hanani Aqilah terus memasuki lif dan menuju ke biliknya.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now