Part 37 - THE NIGHT

7.2K 323 31
                                    

Ternyata dia adalah syaitan yang bertopengkan malaikat. Entah mengapa, sulit untuk aku mempercayainya namun itu lah hakikat sebenar.

-Hanani Aqilah

★★★

Suasana di dalam kereta Nafis sunyi sepi. Radio lansung tidak di buka dengan alasan benda itu rosak. Lelaki itu kekal dengan pemanduannya, manakala Hanani Aqilah hanya memandang ke luar tingkap.

Lebih kurang tiga puluh minit memandu, Nafis berhenti di hadapan sebuah rumah yang jauh daripada rumah yang lain. Hanani Aqilah memandang sekeliling dengan perasaan yang bingung dan keliru.

"Kita dekat mana, Nafis?" Soal Hanani Aqilah. Dia memandang wajah sahabat lamanya itu sedikit lama sebelum kembali melihat persekitaran.

"Ouh... Ini rumah aku. Kita singgah sini sekejap. Waktu malam-malam macam ni tak ada kedai atau homestay yang masih buka. Lagipun, minyak kereta aku dah tinggal sikit. Macam mana? Boleh tak, Hana?"

"...Boleh lah. Esok kita gerak semula tau."

"Yes, chief!"

Hanani Aqilah ketawa kecil memandang gelagat Nafis yang baginya kebudak-budakan itu. Dia akhirnya keluar dari perut kereta sambil di ikuti Nafis di belakang. Mereka berjalan memasuki rumah usung tersebut bersama-sama.

"Maaf lah Hana kalau rumah ni kotor. Aku tinggal sorang-sorang dekat sini. Jadi, kebersihan memang tak di jaga lah. Hehe..."

"Tak apa. Aku bukannya kisah sangat pun."

"Hmm... Aku mandi dulu tau. Kau tunggu sekejap dekat sofa sana. Kalau nak buka TV, buka je."

"Okay."

Wanita itu mula mengambil tempat di atas sofa panjang. Dia membuka saluran TV3 lalu terpapar lah berita lapan malam yang sedang di tayangkan sekarang.

"Berita seterusnya, kehilangan isteri seorang CEO terkenal iaitu Tuan Muda Smith Ezekiel masih menjadi tanda tanya orang awam di manakah isteri beliau berada. Sesiapa sahaja yang berjaya—"

Siaran TV lansung di tukar ke siaran lain namun berita tentang kehilangannya masih menjadi cerita utama yang di katakan oleh pembaca berita mahupun orang ramai. Hanani Aqilah akhirnya mengambil keputusan untuk menutup televisyen dengan perasaan yang sedikit cemas dan takut.

Malangnya dia tidak membawa sebarang pil penenang di dalam beg galasnya kerana terlalu tergesa-gesa melarikan diri petang tadi.

Tiba-tiba, sepasang tangan mula menyentuh bahunya dari belakang membuatkan dia menjerit kecil. Pantas Hanani Aqilah memusingkan badannya ke belakang ingin melihat gerangan orang yang sedang menyentuhnya itu.

"Hey, kenapa kau terkejut sangat, Hana? Ni aku lah, Nafis." Lelaki itu tertawa kecil memandang wajah wanita itu yang sedikit pucat. Hanani Aqilah menarik nafas lega.

"Ish kau ni! Lain kali jangan terkejut kan aku macam tu lagi boleh tak?! Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, dah arwah dah kawan kau ni dekat sini."

"Ya lah ya lah. Ni hah, aku nak bagi kau air. Mesti kau haus kan dari tadi tak minum apa-apa?"

"Hm. Terima kasih."

"Sama-sama."

Hanani Aqilah meneguk air tersebut rakus hingga habis. Nafis tersenyum lebar memandang wanita itu. Namun, senyumannya bertukar kepada senyuman licik.

Degh!

Degupan jantung Hanani Aqilah mula berdetak laju. Badannya tiba-tiba terasa panas dan berbahang yang luar biasa membuatkan wanita itu tidak senang duduk. Tubuhnya juga terasa lemah dan tidak berdaya untuk bergerak.

"Na-nafis, apa yang kau letak dalam air tu? Kenapa aku rasa panas ni?" Wajahnya yang memerah dan berpeluh di kipas-kipas menggunakan tangan.

"Nothing. I just want to give you a heaven for this long night." Nafis tersenyum sinis memandang Hanani Aqilah yang semakin melemah.

Perlahan-lahan dia membaringkan tubuh wanita itu di atas sofa. Nafis berdiri sebentar untuk menanggalkan baju serta seluar meninggalkan seluar dalam sahaja di badan.

"Aku dah lama sangat tahan nafsu nak rogol kau dari tadi. Kau fikir masih ada lagi ke lelaki baik yang sanggup tumpangkan perempuan waktu malam-malam macam ni tanpa bayaran? Itu bukan dunia yang kau tinggal, sayang."

Bersaksikan bisu malam itu, Hanani Aqilah di rogol dan di pukul sahabat lamanya sendiri, Nafis. Tiada seorang pun tahu apa yang terjadi di malam itu.

Sayangnya Smith Ezekiel tidak dapat menyelamatkan isterinya daripada di perkosa lelaki lain. Hanani Aqilah menangis di dalam deritanya. Perasaan takut, cemas, kecewa dan trauma mula berkumpul di dalam diri wanita itu.

Kini Hanani Aqilah mulai percaya bahawa tiada siapa pun di dunia ini yang boleh di dunia ini. Tiada siapa pun di dunia ini yang akan sentiasa ada untuknya. Ya, tiada siapa.

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

TO BE CONTINUED

-12/11/2021
-11:19 p.m

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

Maaf words nya tak banyak. Author kekurangan idea.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum