Part 44 - GASTRIK

7.1K 321 1
                                    

Jika memang memilikimu hanyalah sebatas mimpi, tolong biarkan aku untuk tidur lebih nyenyak lagi.

-Dhia

★★★

"Sayang? Sayang?! Sayang!"

Smith Ezekiel terus mendukung Hanani Aqilah sebelum berlari masuk semula ke dalam hospital.

"DOKTOR!!!"

Jerkahan kuat Smith Ezekiel berjaya membuatkan semua orang di dalam hospital itu melihat ke arahnya. Lalu tiga orang doktor wanita segera menghampiri kemudian menyuruh Smith Ezekiel agar mengikuti mereka ke bilik rawatan.

"Tuan, letak sini." Seorang doktor mengarahkan Smith Ezekiel sambil menunjukkan ke arah sebuah katil.

Lelaki itu menurut tanpa banyak bicara. Walaupun hakikatnya Smith Ezekiel ingin memaki dan mengutuk doktor itu kerana menyuruhnya melakukan sesuatu.

"Tuan Smith boleh tunggu dekat luar dulu ya? Nanti dah siap kami—"

"Aku tak nak! Biar aku tunggu sini sampai bini aku bangun."

"Tapi Tuan—"

Pandangan tajam Smith Ezekiel berikan pada doktor itu. Masing-masing meneguk air liur melihatnya. Akhirnya, mereka membiarkan lelaki itu berada di samping Hanani Aqilah yang masih terbaring tidak sedarkan diri.

Beberapa minit menunggu, doktor-doktor itu selesai membuat pemeriksaan. Salah seorang dari mereka yang mempunyai tag nama bertulis 'Amanda' menghampiri Smith Ezekiel.

"Tuan, kami dah selesai—"

"Tck! Just straight to the point!"

Doktor Amanda berdecit kecil. Beruntung lelaki itu tidak menyedari perbuatan doktor itu. Kalau tidak, sudah dapat di pastikan apa yang akan berlaku kepada Doktor Amanda itu selepas ini.

"Isteri Tuan pengsan sebab tak jaga pemakanan. Badan Puan Hana lemah sangat. Dan kami sahkan Puan menghidap penyakit Gastrik. Lepas Puan Hana sedar, pastikan Puan makan sampai kenyang. Baru ambil pil. Saya pergi dulu. Dah tak ada apa-apa lagi yang saya nak cakap." Lalu Doktor Amanda berjalan keluar di ikuti doktor-doktor yang lain.

Smith Ezekiel mendengus kuat. Baru kali ini ada orang yang bercakap dengannya tidak sopan. Sedangkan Hanani Aqilah pun tak berani nak buat, doktor itu pula yang melebih. Wah, wah, wah.

Tapi, keberanian itu membuatkan Smith Ezekiel sedikit kagum kerana dia tahu doktor itu sudah pun tahu siapa dirinya tetapi masih berani berkata begitu.

Andai dia berjumpa dengan gadis itu lebih awal, pasti dia akan mengambilnya sebagai anak buahnya yang pertama berjantina kan perempuan.

***

"Berapa kali saya nak cakap hm? Saya tak nak pergi situ. Titik!"

"Ala... Sekali je. Boleh lah... Awak sayang saya kan? Jom lah."

Dion mengeluh panjang. Entah apa yang merasuki Dhia sehingga menyuruhnya memasuki taman tema di hadapan mereka ini, dia sendiri tidak tahu. Malu pun ada juga apabila orang lain memandang mereka sedari tadi.

"Haish, ya lah ya lah. Sekali ni je. Lepas tu, kita tak payah pergi sini lagi sampai bila-bila."

"Yeay! Sayang awak ketat-ketat!" Dhia tersenyum lebar sambil melompat-lompat bagaikan kanak-kanak tujuh tahun.

Dion menggeleng perlahan. Senyuman kecil terbit di wajahnya memandang wajah ceria Dhia.

"Dah, jom."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now