Part 9 - TROUBLE

10.7K 536 7
                                    

Di ruang tamu mansion yang besar itu, kelihatan Smith Ezekiel dan Hanani Aqilah sedang meluangkan masa menonton filem yang di pilih lelaki itu sendiri. Masing-masing mendiamkan diri kerana tidak tahu apa yang perlu di bualkan.

"Amore mio, can I ask you something?"

Hanani Aqilah menoleh memandang wajah kacak Smith Ezekiel. Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kedudukannya yang tika ini sedang berada di riba lelaki itu membuatkan jarak antara mereka semakin tipis.

"Siapa buat sampai lengan kau jadi macam tu?"

Hanani Aqilah terus memandang ke arah lengan sendiri. Dia terus menutup bahagian lengannya yang jelas kelihatan beberapa tompok hitam. Tangannya menggigil halus apabila menyedari pandangan tajam Smith Ezekiel masih tidak teralih daripadanya.

Jujur sahaja, lelaki itu kelihatan benar-benar menakutkan apabila merenung seseorang tanpa lepas.

"Ta-tak ada apa-apa. Cuma nyamuk gigit je."

"...You know what? I'm fucking hate a liar. Macam mana aku nak percaya tempat macam ni ada serangga atau nyamuk macam yang kau kata tu?"

Hanani Aqilah mengetap giginya dalam diam. Di waktu-waktu begini, boleh pula dia mati akal. Ah, malang betul nasibnya hari ini.

Ting!

Tong!

"Aku akan tanya lagi lepas ni. Untuk kali ni je kau selamat eh."

Hanani Aqilah menghela nafas lega. Berterima kasih kepada orang itu. Dia selamat sekurang-kurangnya untuk kali ini.

Smith Ezekiel bangun lalu berjalan ke pintu utama. Di sebabkan dia sudah dapat mengagak siapakah tetamunya itu, biar lah dia menyambut sendiri kedatangannya.

Klak!

"Good morning, Sir."

"Yeah. Come in."

Orang itu tersenyum nipis sebagai balasan. Dia melangkah masuk lalu berdiri di ruang tamu mansion itu. Setelah Smith Ezekiel duduk, baru lah dia melabuhkan punggungnya di sofa. Hanani Aqilah menyorok di belakang badan Smith Ezekiel. Wajah asing itu membuatkan dia sedikit was-was.

"Introduce yourself."

"Yes, Sir. My name is Carlos Nick. I'm Miss Hana's doctor psychology."

Dahi Hanani Aqilah serta-merta berkerut-kerut. Apa pula kena mengena dia dengan lelaki di hadapannya ini?

"Did you hear that, amore mio? He's your doctor psy---"

"Tak akan! Saya tak sakit!"

"Hey, amore mio, listen to me. Start from now, kau kena pergi terapi. Dia yang akan rawat kau."

"TAK NAK!!"

Pang!

Tersentak Carlos melihat adegan itu. Hanani Aqilah menangis perlahan. Wajah Smith Ezekiel memerah dek kerana tidak dapat menahan amarahnya.

"Awak jahat! Saya benci awak!"

Lalu Hanani Aqilah terus bangun dan berlari masuk ke dalam lif. Smith Ezekiel menghela nafas lelah. Wajah Carlos di pandang semula.

"Tak jadi lah. Kau boleh balik. Esok kerja dekat hospital tu macam biasa."

"Yes, Sir."

Carlos bangun lalu pamit pulang. Wajahnya kekal tenang walaupun di dalam hati sudah mengucapkan berkali-kali syukur kerana dapat pulang ke rumah dalam keadaan yang selamat. Risau betul dia memikirkan bagaimana masa depannya jika setiap hari perlu bersemuka dengan mafia terkenal itu.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now