Part 29 - AUREL'S STORY

7.6K 399 36
                                    

Cukup-cukuplah tu perangai macam haram. Meh saya halalkan awak.

★★★

"Assalamualaikum."

Suara seseorang memberi salam membuatkan semua berpaling memandang orang itu. Hanani Aqilah memandang hairan ke arah orang itu. Dia siapa?

Dion pantas berdiri daripada duduknya memandang susuk tubuh yang berdiri betul-betul di hadapannya itu.

"Dhia."

Masing-masing terdiam. Smith Ezekiel dan Aurel memandang gadis itu terkedu. Hanani Aqilah yang masih bingung memandang wajah gadis itu lama. Mana lah tahu dia kenal. Matteo pula, masih melahap makanannya seolah-olah sedang berada di dalam dunia sendiri.

"Saya... Saya nak bercakap dengan awak." Dhia mula bersuara sekali lagi. Matanya tunak memandang Dion.

"Kita pergi sana." Jari di tunjuk ke arah sebuah pondok kecil yang agak jauh dari tempat mereka berkelah.

Dhia menganggukkan kepalanya laju. Sekurang-kurangnya lelaki itu masih mahu bercakap dengannya.

***

Jauh Hanani Aqilah termenung memandang Dion dan Dhia. Sebutir bicara pun dia tidak dapat dengar dek kerana jarak yang terlalu jauh. Kepalanya terus memandang Smith Ezekiel.

"Siapa sebenarnya akak cantik nama Dhia tu, daddy?"

"Oh, dia-"

"Hana jangan lah guna perkataan DADDY tu dekat sini. Ini tempat awam. Hormat orang lain."

Belum sempat Smith Ezekiel menjawab Aurel sudah mencelah. Perkataan 'daddy' sengaja lelaki itu sebut kuat menandakan dia benar-benar tidak puas hati. Smith Ezekiel berdecit kuat memandang Aurel.

"Diam lah! Dah lah single! Dasar lelaki tak laku."

Uhuk!

Uhuk!

Uhuk!

Wajah Matteo memerah dek kerana makanannya tersekat di kerongkong. Hanani Aqilah segera menuang air lalu menghulurkan kepada lelaki dingin itu. Air di teguk rakus Matteo.

Beberapa minit kemudian barulah lelaki itu bernafas normal semula. Smith Ezekiel, Hanani Aqilah serta Aurel memandang Matteo lama.

"Kau kenapa? Apa yang buatkan kau tercekik sampai macam tu sekali, Matteo?" Soal Aurel dengan wajah bingungnya.

"Tadi kan... Tuan cakap 'single', 'lelaki tak laku'. Saya terasa..." Matteo menundukkan kepalanya ke bawah.

Roti sandwich di tangannya di letakkan semula ke atas pinggan. Lelaki itu segera memakai kasut semula lalu berdiri.

"Nak pergi mana?" Soal Smith Ezekiel pula. Roti sandwich di atas pinggang Matteo di pandang sekilas.

"Saya nak pergi ambil angin, Tuan. Roti sandwich saya tu buang lah kalau siapa-siapa tak nak makan. Perut saya tiba-tiba rasa macam dah kenyang."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now