Part 14 - SAKIT

10.4K 502 44
                                    

A mafia husband or an ordinary husband?

(Your type)

★★★

Kereta yang di pandu Smith Ezekiel akhirnya sampai di perkarangan mansion milik nya. Lelaki itu keluar dari perut kereta dan terus berlalu masuk tanpa menunggu Hanani Aqilah terlebih dahulu. Wajahnya juga jelas menunjukkan bahawa dia sedang berada di dalam emosi yang tidak baik.

Para pengawal serta maid-maid yang berselisih dengan lelaki itu hanya menunduk hormat tanpa sapaan apa-apa. Lebih baik berdiam diri jikalau tak nak sesuatu berlaku.

Hanani Aqilah mengeluh memandang susuk tubuh Smith Ezekiel yang semakin menjauh. Satu perkara yang dia belajar hari ini, jangan buatkan lelaki itu tersinggung. Kerana wajah Smith Ezekiel apabila marah kelihatan agak menyeramkan.

Klak!

Pintu kereta di buka perlahan lalu keluar dari perut kereta. Pintu di tutup semula dan kembali meneruskan langkahnya. Namun, tiba-tiba, Hanani Aqilah jatuh terduduk sambil memegang kakinya.

"ARGGHHH!!!"

(Tolong bayangkan jeritan tu macam jeritan perempuan kesakitan. Bukan lelaki mengerang kesakitan. Harap maklum.)

Smith Ezekiel yang baru sahaja mahu masuk ke dalam lif terus berhenti mendadak. Kepala serta badannya laju menoleh ke belakang. Dia kenal suara itu.

"Hana!"

Lalu dia terus berlari pecut menuju ke luar rumah semula. Kelihatan beberapa orang anak buahnya juga turut berada mengelilingi gadisnya tetapi lansung tidak berbuat apa-apa. Mungkin sedar bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu kepadanya.

Hanani Aqilah yang masih duduk di atas jalan tar panas sambil memegang kaki sendiri di pandang. Wajahnya yang bengis terus bertukar menjadi riak risau dalam sekelip mata.

"Hey, what's wrong?"

"Hiks hiks..."

"Tell me!"

"Hiks hiks... Kaki... Sakit..."

Tanpa sebarang ucapan lagi, tubuh Hanani Aqilah terus di dukung dan berjalan laju masuk ke dalam mansion nya semula. Sofa panjang di hampiri sebelum di baringkan tubuh meringkuk gadisnya.

Tangan Hanani Aqilah yang menghalang kakinya di alih paksa menampakkan bahagian anggota kaki di sekitar buku lali yang berwarna ungu dan biru. Baru dia teringat bahawa dia pernah memukul gadis itu di kaki. Terlupa, nak buat macam mana.

"Maid, call Doctor Aurel now!"

"Yes, Sir."

Wajah berkerut Hanani Aqilah di pandang semula. Sesekali di lap peluh gadis itu menggunakan kain bersih. Air mata yang semakin deras mengalir di ceruk wajah gadisnya membuatkan Smith Ezekiel semakin risau. Bibir dan tona kulit yang perlahan-lahan memucat juga tidak lepas dari pandangannya.

"Sabar sekejap, sayang. Kau kuat kan?"

Hanani Aqilah tidak membalas. Hanya esakan hiba nya yang kedengaran memenuhi ruangan itu. Beberapa minit kemudian, figura lelaki berkot putih bersama beg hitam di tangan mula kelihatan menghampiri mereka.

"Lambat, Aurel."

"Maaf. Aku ada patient tadi."

"Alasan!"

"Shut up you."

Smith Ezekiel merengus tidak puas hati. Jika bukan di sebabkan Hanani Aqilah sedang kesakitan, sudah lama buku limanya itu hinggap ke wajah kacak Aurel. Sabar je lah!

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now