Part 2 - HER

14.1K 667 131
                                    

Tap!

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi derapan kasut yang semakin menghampiri biliknya membuatkan gadis itu berlari ke sudut bilik itu. Matanya di pejam serapat-rapatnya, takut dengan entah apa yang akan di laluinya sebentar lagi.

Klak!

"Hana..."

Hanani Aqilah segera membuka matanya. Cepat-cepat dia bangun lalu tersenyum manis memandang susuk tubuh seseorang di hadapannya ini.

"Mama!"

"Ya, sayang."

Puan Aida iaitu ibu kepada Hanani Aqilah mengusap-usap kepala anaknya itu. Gari besi yang di ikat pada kedua-dua belah pergelangan kaki gadis itu di pandang. Kasihan Hanani Aqilah.

"Ni anak mama dah mandi belum?"

"Dah. Pagi-pagi tadi."

"Bagus anak mama. Jom, kita makan sama-sama."

Hanani Aqilah menganggukkan kepalanya. Dulang yang di tatang Puan Aida di letakkan ke atas lantai. Kedua-dua anak beranak itu membaca doa sebelum makan bersama-sama.

Namun, baru beberapa suap, Hanani Aqilah sudah menolak pinggan makanan itu. Perutnya tiba-tiba terasa seperti sudah tidak mampu di isi lagi sedangkan baru sedikit sahaja makanan yang di hadam.

"Kenapa, Hana?"

"Tak nak."

"Okay. Tak apa. Jangan paksa."

Hanani Aqilah tersenyum nipis. Andai semua orang faham dan mengerti dirinya seperti ibunya sekarang ini.

Klak!

"Hana..."

Pandangan gadis itu terhala pada susuk tubuh seseorang yang berada di hadapan pintu. Serta-merta senyumannya hilang. Tangannya menggigil kerana ketakutan.

"Ha---"

"PERGI! JAUH! JANGAN DEKAT!!!"

Encik Rahman tersenyum sinis. Bukan berpatah balik, dia malah semakin mendekati gadis itu. Namun, belum sempat dia menyentuh Hanani Aqilah, Puan Aida terlebih dahulu menepis tangannya.

"Jauhkan tangan jijik kau dari anak aku." Puan Aida memandang tajam ke arah Encik Rahman. Lelaki tua itu ketawa sinis.

"Anak kau, anak aku jugak. Lagi pun, aku yang beli beras apa semua tu. Tak payah nak banding-banding kan benda-benda macam tu depan aku."

Hanani Aqilah diam membisu sejak tadi. Dia cuba untuk memandang ke tempat lain selain daripada lelaki tua itu. Tolong lah, dia mahu melupakan tragedi itu. Tetapi, apabila dia terpandang anak mata lelaki tua itu, semuanya berputar di mindanya.

"Hana, kau tak rindu bapak kau ke?" Mata Encik Rahman terhala semula kepada Hanani Aqilah yang berada di belakang Puan Aida.

"Pergi..."

"Suka hati aku lah nak keluar dari bilik ni bila pun. Aku tuan rumah ni, bukan kau."

"SAYA KATA PERGI! PERGI LAH!!!"

Pang!

"Kau jangan nak naikkan suara dekat aku eh."

Puan Aida memandang tajam wajah berkedut Encik Rahman. Jikalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menampar sekuat hati wajah lelaki tua itu. Tetapi, dia masih sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Sekurang-kurangnya.

Datuk Rahman mendekatkan wajahnya pada telinga Hanani Aqilah. Puan Aida di tolak kuat membuatkan wanita itu sedikit berganjak ke tepi.

"Kau... Jangan berani nak bagitahu sesiapa pun tentang benda tu. Aku ada banyak mata-mata yang sentiasa perhatikan kau. Ingat tu."

Lalu Encik Rahman berjalan keluar dari bilik itu. Anak mata Hanani Aqilah bergetar. Tangisannya mula kedengaran semakin nyaring membuatkan Puan Aida segera memberikan pelukan hangat kepada anaknya itu.

Ah, dia lebih rindukan Hanani Aqilah yang dahulu. Yang ceria, sentiasa gembira, kuat, tabah dan banyak lagi sifat positif di dalam diri gadis itu. Tetapi, hanya kerana satu peristiwa yang di rahsia ketat Hanani Aqilah, gadis itu jadi seperti ini. Masih dia ingat lagi bagaimana keadaan Hanani Aqilah pada malam selepas 'perkara' itu.

FLASHBACK

Hujan pada malam itu turun sangat lebat. Puan Aida yang sedang menghidangkan makan malam mulai risau apabila kelibat anaknya itu masih tidak kelihatan.

Hari ini dia masak banyak kerana hari ini merupakan hari jadi Hanani Aqilah. Tidak sabar rasanya dia mahu melihat wajah teruja anaknya itu. Sedar tidak sedar, anaknya itu sudah pun mencapai usia dua belas tahun.

Tentang Encik Rahman, dia tidak perlu risau tentang suaminya itu kerana lelaki itu sendiri memberitahunya dia tidak akan pulang untuk satu minggu kerana pergi melawat kawan di bandar.

Tok!

Tok!

Tok!

Puan Aida segera bangun lalu membuka pintu bersama senyuman yang manis. Namun, tidak lama senyuman itu luntur.

"Ha-hana..." Air mata wanita itu serta-merta jatuh memandang wajah Hanani Aqilah.

Gadis itu kelihatan sangat pucat dan matanya kaku ke bawah. Tangannya sedari tadi asyik menggigil tidak pasti kerana ketakutan atau kesejukan atau kedua-duanya. Baju sekolah gadis itu juga sudah basah kuyup.

"Ya Allah... Hana, siapa yang buat anak mama sampai macam ni?"

Hanani Aqilah diam membisu. Matanya memerah dan masih kekal memandang lantai. Puan Aida membawa anaknya masuk ke dalam lalu membersihkan badan Hanani Aqilah. Selimut paling tebal di ambil dari almari sebelum di tutup badan gadis itu menggunakannya.

"Hana, apa dah jadi ni? Nak bagitahu mama tak?"

Gadis itu menggeleng perlahan lalu membaringkan tubuhnya. Selimut tebal itu di gunakan untuk menutup seluruh badannya dari atas kepala hingga hujung kaki. Puan Aida mengeluh dalam diam.

Dia bangkit lalu berjalan ke dapur. Makanan-makanan di atas meja di masukkan ke dalam tupperware. Entah apa yang di lalui Hanani Aqilah, dia sendiri tidak tahu.

Paksaan dan desakan bukan lah sesuatu yang betul di dalam situasi seperti ini. Lebih baik dia biarkan anaknya itu sehingga tenang.

FLASHBACK END

Kini, sudah hampir sembilan tahun gadis itu masih mendiamkan diri tentang hal itu. Puan Aida percaya hal itu ada kena mengena dengan Encik Rahman, suaminya.

Jika bukan kerana dia tidak mempunyai duit, sudah lama dia meminta penceraian dan hidup bersama anaknya sahaja.

"Apa yang sebenarnya jadi, Hana?"

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

TO BE CONTINUED

-26/8/2021
-12:14 a.m

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now