Part 41 - PERBALAHAN

6.9K 385 1
                                    

Jika dengan kata maaf boleh mengembalikan semuanya, sudah lama orang mati hidup semula.

-Hanani Aqilah

★★★

Pagi keesokan harinya, Smith Ezekiel bangun dari tidur dengan wajah yang kosong. Apabila tiada isterinya yang sering menjadi tatapan mata selepas bangun, hatinya terasa lain.

Dia kemudiannya memandang katil pesakit di sebelah. Kelihatan Hanani Aqilah sedang tidur nyenyak bersama wajah yang tenang. Sekurang-kurangnya dia dapat menjamah wajah cantik itu sebelum kembali kosong selepas Hanani Aqilah bangun nanti.

Beberapa minit menatap wajah manis itu, Smith Ezekiel akhirnya bangun lalu berjalan ke bilik mandi mahu membersihkan diri. Lalu dia memakai sut tuxedo berwarna hitam bersama kemeja yang juga berwarna hitam membuatkan aura kegelapan seolah-olah mengelilingi lelaki itu.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Hanani Aqilah yang masih di dalam tidur nyenyak nya di hampiri. Perlahan Smith Ezekiel menyentuh bahu isterinya.

"Sayang, bangun. Dah pukul lapan pagi dah ni. Matahari dah naik." Lembut Smith Ezekiel berbicara seolah-olah sedang berbual dengan bayi.

"Hmm..." Hanani Aqilah merengek kecil. Matanya masih tertutup dek kerana terlalu letih. Malam tadi wanita itu lansung tidak dapat melelapkan mata dek kerana insomnia nya. Tambah-tambah lagi kerana traumanya yang masih tidak pupus di ingatan.

"Sayang, bangun lah. Pergi cuci muka dulu, gosok gigi. Sayang nak mandi tengahari atau petang nanti pun tak apa. Janji, sayang bangun sekarang boleh? Kejap lagi nurse datang." Smith Ezekiel masih memujuk dengan lembut. Tangannya menepuk perlahan bahu wanita itu tanpa henti.

Mendengar perkataan 'nurse', mata Hanani Aqilah terus terbuka besar. Dia pantas bangun dari baringnya membuatkan Smith Ezekiel yang tidak bersedia kebelakang beberapa langkah kerana terkejut.

"Tak nak! Aku tak nak jumpa orang lain!" Mata Hanani Aqilah terbeliak besar serta memerah. Kata-katanya di tekankan menandakan dia benar-benar tidak mahu bertemu dengan orang lain.

Smith Ezekiel juga ikut terbeliak mendengar isterinya membahasakan 'aku-kau' dengannya.

"Sayang, kenapa cakap macam tu? Abang ni suami sayang. Tak baik guna aku-kau." Ujar Smith Ezekiel dengan nada yang perlahan menunjukkan lelaki itu tersinggung dengan perkataan Hanani Aqilah.

Bukan merasa bersalah, malah Hanani Aqilah berdecit sinis mendengarnya.

"Kau fikir aku kisah? KAU FIKIR AKU KISAH LEPAS APA YANG KAU KATA SEMALAM?!" Hanani Aqilah berteriak nyaring secara mendadak.

Nafas Smith Ezekiel menjadi tidak stabil dek kerana menahan marah. Meskipun dia cuba berlembut dari tadi, wanita itu masih tidak mahu berbaik dengannya. Dia juga mempunyai sifat marah jika isterinya itu lupa.

"Abang dah kata kan... Abang tak sengaja—"

"PERGI MATI LAH DENGAN TAK SENGAJA KAU! APA?! LEPAS KAU MINTA MAAF, KAU FIKIR AKU AKAN SENANG-SENANG LUPAKAN AYAT-AYAT MENYAKITKAN TU?! KAU FIKIR AKU NI TAK ADA HATI DAN PERASAAN KE?!"

"HANANI AQILAH!!!"

Suasana bertukar tegang. Masing-masing tidak mahu kalah. Masing-masing meninggikan ego mereka. Smith Ezekiel memandang tajam Hanani Aqilah. Sama juga seperti wanita itu.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now