Part 6 - SEDAR

12.6K 634 28
                                    

Klak!

Kesemua perhatian orang-orang yang berada di dalam markas itu beralih ke pintu hadapan. Mereka semua segera bangun lalu menunduk hormat tidak terkecuali. Dion dan Matteo berjalan menghampiri Smith Ezekiel yang hanya berdiri tegak di pintu hadapan itu.

"Where?"

"Room 1."

"You two, follow me."

"Yes, Sir."

Mereka berjalan menuju ke lorong panjang yang kiri dan kanannya terdapat pintu-pintu yang berbeza. Kadang-kala terdengar suara rintihan dan jeritan orang meminta tolong namun di abaikan ketiga-tiga lelaki itu.

Kreeek...

Smith Ezekiel melangkah masuk terlebih dahulu lalu mendudukkan punggungnya di atas kerusi kayu betul-betul di hadapan mangsanya. Dion dan Matteo hanya berdiri tegak di kiri dan kanan Smith Ezekiel bersedia sekiranya menerima arahan dari tuan mereka.

"Air panas atau lemon, Sir?" Soalan daripada Matteo membuatkan lelaki itu berfikir sebentar. Tubuh mangsanya di pandang atas bawah.

"Air panas."

"As you wish, Sir."

Splash!

"ARGGHHH!!!"

Smith Ezekiel ketawa besar memandang mangsanya yang menggelupur kesakitan. Dia mula bangun lalu mengambil sebuah kotak lut sinar yang menampakkan dua ekor kala jengking yang besar di dalamnya.

"Tell me who is your boss or regret it. So, what is your choice?"

"Go... Go to hell, bastard."

Lelaki itu meludah tepat mengena ke wajah Smith Ezekiel. Dion mahupun Matteo masing-masing menelan air liur. Berani yang tidak kena tempat.

"Haha... HAHAHAHAHAHA!!!"

Atmosfera di dalam bilik itu seakan-akan bertukar. Lelaki yang terikat itu serta-merta merinding memandang lelaki di hadapannya. Ini kah lelaki yang sering di katakan orang itu?

"Sir... Kami tunggu dekat luar bilik."

"Alright."

Dion dan Matteo segera bergerak keluar dari bilik itu. Mereka pasti tidak akan dapat bertahan lama apabila aura tuan mereka memenuhi bilik. Jadi, langkah terbaik adalah segera beredar dari situ sebelum sesuatu buruk terjadi. Walaupun hakikatnya mereka sudah berkali-kali berhadapan dengan situasi begitu, tetap saja masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan aura tuan mereka.

Sementara situasi di dalam masih berterusan begitu. Kala jengking di keluarkan Smith Ezekiel sebelum di letakkan di perut lelaki itu. Bagaikan tahu apa yang perlu di buat, kedua-dua ekor kala jengking itu terus mencucuk lalu memasukkan bisa mereka ke dalam badan lelaki itu.

Dia merintih kesakitan namun hanya di pandang kosong Smith Ezekiel. Seperti biasa, dia tetap akan menyalahkan mangsanya. Sudah tahu nasib sendiri, masih mahu mencabar dirinya.

Lama-kelamaan wajah mangsanya semakin pucat dan membiru. Smith Ezekiel menyeringai lebar. Kedua-dua ekor kala jengking itu kemudian di kurung semula ke dalam kotak lut sinar itu. Haiwan berbisa itu hanya diam tidak membentak seperti tahu siapa tuan mereka.

"To-tolong... Aku tak nak mati macam ni... Aku, aku ada anak bini dekat rumah... Tolong maafkan aku..." Akhirnya lelaki itu menitiskan air mata saat berbicara tentang 'anak bini'.

"Tell me first. Who is your boss?"

"J-jayden."

Lalu teragak-agak lelaki itu menceritakan segalanya. Daripada pangkatnya di dalam kumpulan itu, rancangan menyerbu markas ini sehingga lah tentang ingin menyasarkan diri Smith Ezekiel untuk menjadi orang kuat di dalam kumpulan yang di ketuai lelaki bernama Jayden itu.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now