Part 18 - PANIC ATTACK

8.9K 465 9
                                    

Merkuri or Botulinum?

(Poison's name)

★★★

Pagi yang indah itu di hayati Hanani Aqilah yang sedang berada di balkoni. Sekejap lagi dia akan bertemu sekali lagi dengan Doktor Carlos. Tetapi, dia perlu menunggu Smith Ezekiel siap membersihkan diri dan memakai pakaian terlebih dahulu.

Jadi, itu lah sebabnya mengapa dia sedang berada di sini. Dari balkoni itu, Hanani Aqilah dapat melihat keseluruhan bahagian hadapan rumah lelaki itu. Sememangnya sukar untuk seseorang masuk ke dalam rumah ini kerana tahap keselamatan yang ketat dan ramai pengawal yang berjaga setiap waktu.

Zap!

Seketika dia terkaku. Perlahan-lahan dia menoleh memandang ke arah sesuatu yang terbang laju di sebelahnya tadi. Busur panah yang terlekat di dinding di ambil. Sehelai kertas yang turut di ikat juga di baca isinya.

'Honey, aku tahu kau tak bahagia duduk dengan lelaki tu. Apa kata kalau kau duduk dengan aku? Aku boleh bagi semuanya untuk kau. Duit, kasih sayang, kebebasan, semuanya. Kalau kau betul-betul nak semua ni, jumpa aku dekat gerbang dua belas tengah malam ni. I'll wait for you.

-C'

Hanani Aqilah melipat semula kertas itu. Dia memandang ke arah di sebalik sebuah pohon yang besar lalu ternampak seseorang melambai tangan ke arahnya. Nampaknya lelaki itu agak pintar kerana memilih tempat yang tidak akan dapat di lihat pengawal mahupun CCTV.

Tiba-tiba, terasa kertas yang di pegangnya di rampas laju dari arah belakang. Hanani Aqilah terus menoleh laju dek kerana terkejut. Seketika dia meneguk air liurnya kesat.

Mata tajam Smith Ezekiel yang sedang memandangnya membuatkan dia menjadi cemas dan takut. Tapak tangannya mulai berpeluh. Badannya menggigil halus dan nafasnya mulai tidak sekata.

"Hana... Are you okay? You look pale. Hana?"

Gadis itu tidak menjawab. Tiba-tiba tubuhnya jatuh ke lantai namun sempat di tangkap Smith Ezekiel. Pipi Hanani Aqilah di tepuk beberapa kali bagi menyedarkan gadis tersebut.

Smith Ezekiel terus menggendong Hanani Aqilah dan di bawa ke tingkat tiga bertemu dengan Carlos.

Bam!

"Carlos!"

Terhinjut bahu lelaki berkot putih itu apabila di sergah begitu. Dia terus bangun memandang Smith Ezekiel dan Hanani Aqilah sekilas sebelum di suruh lelaki itu membaringkan tubuh gadis tersebut di atas katil pesakit. Dia terus memeriksa keadaan Hanani Aqilah.

"Cik Hana had a panic attack. Has she used any medicine before? "

"No. In her whole life, she's never seen a psychologist."

Mendengar jawapan Smith Ezekiel, Carlos terus berlari anak menghampiri meja. Laci di buka lalu mengambil sebotol ubat pil.

"Cik Hana kena telan pil ni sekarang. Tapi sekarang Cik Hana tak sedarkan diri lagi. Tuan tak kisah kan kalau saya paksa Cik Hana?"

Smith Ezekiel mengangguk. Dua biji pil di masukkan ke dalam mulut gadis itu lalu segelas air di tuang paksa membuatkan bantal dan tilam juga turut basah.

Uhuk! Uhuk!

Hanani Aqilah membuka matanya refleks. Benda di dalam mulutnya di telan paksa sebelum dia menarik nafas rakus. Batuknya semakin reda tetapi tekaknya masih terasa sakit.

"Miss Hana? Can't you hear my voice? If Miss Hana hears, at least please move your finger."

Hanani Aqilah memandang kedua-dua orang lelaki itu dengan mata yang layu. Lambat-lambat jarinya di gerakkan membuatkan Smith Ezekiel tersenyum memandangnya.

"Okay, now, I want Miss Hana to rest first. Indeed, the side effect of every medicine is sleep. So, there is no need to worry about anything else."

Perlahan-lahan Hanani Aqilah menutup matanya kembali tidur. Carlos memanjangkan tangannya ke arah sofa menandakan mereka patut berbincang di situ.

"Tuan, saya dah check fail maklumat Cik Hana dari kanak-kanak sampai sekarang. Tapi, saya perlu berbual dengan Cik Hana untuk beberapa minit supaya saya dapat diagnosis penyakit Cik Hana. Untuk setakat ni, Tuan boleh gunakan pil tadi setiap kali Cik Hana kena panic attack. Jangan buatkan Cik Hana stress atau terlampau cemas. Dan saya sarankan jangan bawa Cik Hana keluar atau berjumpa dengan orang lain. Kita tak tahu lagi apa penyakit dan trauma Cik Hana. Saya harap Tuan faham maksud saya."

Smith Ezekiel mengangguk perlahan. Tangannya di cantumkan sambil memandang ke tempat lain. Selama ini, dia tidak pernah fikirkan tentang orang lain. Hanya gadis itu sahaja yang mampu membuatkannya menjadi seperti ini.

"Kalau Tuan benarkan, saya tak nak Cik Hana di pindahkan ke tempat lain. Saya akan tunggu sampai Cik Hana sedar."

"...Okay aku benarkan. Tapi, jangan sentuh atau buat apa-apa dekat perempuan aku. Kalau tak, siap kau. Aku cincang bird kau lima belas kerat."

Carlos terus menutup bahagian kemaluannya mendengar amaran Smith Ezekiel. Dia terus menganggukkan kepalanya laju. Smith Ezekiel bangun menepuk-nepuk sedikit kotnya yang berkedut.

"Aku datang lagi petang ni. Jaga perempuan aku elok-elok."

"Baik, Tuan. Terima kasih, Tuan."

"Hm."

Smith Ezekiel mula melangkah keluar. Namun, sebelum itu, dia sempat melabuhkan ciumannya di dahi Hanani Aqilah sebelum benar-benar pergi. Carlos hanya tersenyum memandang adegan itu.

Biasa lah. Single.

(Auch, author yang terasa.)

"I got to go, princess. Sleep well. I love you."

Smith Ezekiel berjalan terus ke dalam lif lalu menekan butang ke tingkat utama. Dia ada hal yang perlu di uruskan. Jangan pernah berfikir dia dengan senangnya melupakan hal tadi.

Kertas kecil di dalam genggamannya di buka dan di baca semula. Senyuman sinis muncul di bibirnya. Nampaknya lelaki ini sudah memandang rendah dengan kuasanya.

Mari kita lihat, siapa yang kalah dulu.

Nombor telefon Dion di dail.

Tut...

Tut...

"Yes, Sir."

"Kumpulkan orang penting dekat markas. Lagi tiga puluh minit aku sampai. Ada benda aku nak bincang."

"Baik, Sir."

Tut!

Kereta BMW pula kali ini di gunakannya untuk ke markas. Pedal minyak di tekan kuat membuatkan kereta bergerak laju keluar dari perkarangan rumahnya.

Hal kali ini, dia sendiri perlu turun padang. Segala yang berkaitan dengan Hanani Aqilah, dia perlu ambil tahu dan buat sesuatu.

Kerana gadis itu istimewa.

Gadis itu miliknya.

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

TO BE CONTINUED
-24/9/2021
-11:34 p.m

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now