Part 28 - BEACH

8.5K 407 25
                                    

You may fall from the sky or fall from a tree. But, the best way to fall... is in love with me.

★★★

Bilik itu sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi hawa dingin sahaja. Masing-masing tidak bersuara. Carlos dan Smith Ezekiel kelihatan terkedu hebat hinggakan kedua-dua lelaki itu lansung tidak bergerak walau seinci pun.

"Lelaki tu... Lelaki tu dah bu-bunuh ayah kawan baik saya. Sementara arwah ayah saya pula rogol kawan baik saya. Depan mata saya lelaki bertopeng tu cabut... Cabut... Hiks hiks... Cabut jantung dan hati kawan baik saya..." Esak tangisan Hanani Aqilah mula memenuhi ruang itu.

Smith Ezekiel pantas memeluk isterinya. Wajah wanita itu di sorokkan di dadanya yang berlapikkan baju kemeja putih.

"Shh... Shh... Shh... It's okay, it's okay. Semuanya dah berlalu kan?"

"Tapi... Tapi, saya biarkan Sumayyah mati—"

"Tak! Itu bukan salah kau. Jangan cakap macam tu dekat diri kau."

Carlos perlahan bangun lalu berjalan keluar meninggalkan pasangan suami isteri itu. Biarlah Smith Ezekiel menenangkan Hanani Aqilah dan dia juga tidak mahu mengacau mereka.

Smith Ezekiel segera mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor telefon Dion.

"Ya, Tuan?"

"Sediakan kereta sekarang. Aku nak bawa isteri aku keluar. Matteo pun ikut sekali."

"Okay, Tuan. Ada apa-apa lagi—"

Tut!

Tubuh mungil Hanani Aqilah di dukung ala-ala bridal style lalu berjalan keluar dari bilik tersebut. Carlos yang sedang berdiri tegak di luar mula memandang Smith Ezekiel dan Hanani Aqilah.

"Tuan nak pergi mana?"

"Kau sibuk pahal?"

Carlos tersenyum kecil. Tiba-tiba gugup mahu bersuara. Pertanyaan tuannya itu seakan-akan dia tidak yang bersalah.

"Ka-kalau Tuan nak bawa Puan Hana pergi jalan-jalan, jangan bawa ke tempat yang sesak. Takut Puan Hana trauma—"

"Ya ya, aku tahu. Kau tak payah sebut benda tu ulang-ulang kali."

Smith Ezekiel terus melangkah pergi tanpa sebarang pamitan. Carlos yang sedikit tersinggung hanya tersenyum sambil mengelus-elus dadanya.

"Sabar sabar... Dia bagi gaji tinggi, Carlos. Sabar sabar..."

***

Sesampainya di luar mansion milik nya, kelihatan Dion sedang menunggu di luar kereta sementara Matteo pula bersedia di tempat duduk pemandu. Nampak sahaja kelibat tuannya, Dion terus membuka pintu belakang.

"Beach."

"Kau panggil anak buah kau bitch?!"

Entah dari mana datangnya Aurel tiba-tiba menyergah Smith Ezekiel. Lelaki itu hampir terkejut namun wajahnya mendatar seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now