Part 30 - GET BACK

7.4K 403 24
                                    

Ada dua puluh enam huruf but I only like U.

★★★

Dion and Dhia scene...

Sama ada Dion mahupun Dhia, masing-masing tidak bersuara buat beberapa minit. Membiarkan bunyi ombak menghentam gigi pantai serta angin menghembus lembut di wajah mereka.

Dhia tunak memandang lelaki di hadapannya itu. Dion masih seperti dulu. Berwajah tenang dan manis.

"Masa hari pernikahan Tuan Ezekiel awak tak ada pun. Awak dekat mana? Saya ingatkan dapat jumpa awak." Dhia mula berbicara.

"Saya ada kerja lain. Tak dapat datang." Tipu. Lelaki itu menipu. Yang sejujurnya adalah dia tidak hadir kerana ingin mengelak daripada berjumpa bekas kekasihnya itu.

"Oh..." Ringkas Dhia menjawab.

Selepas itu, tiada yang berbicara. Tampak gadis itu ingin menanyakan sesuatu namun tiada sebarang suara keluar dari mulutnya.

"Kalau ada yang awak nak tanya, just say it."

"Dion, boleh... Boleh saya tahu apa alasan—"

"Awak boleh tanya semua benda kecuali yang itu." Dion memotong.

Dhia mengeluh halus. Entah kenapa, air mata sudah mula bertakung di kelopak matanya. Dion yang melihat sudah menghela nafas panjang.

"Awak masih Dhia yang saya kenal dulu. Cengeng."

"Awak lah! Dah lah tinggalkan saya tanpa sebab. Saya cintakan awak sangat-sangat sampai saya dah tak ingat bila kali terakhir saya dapat tidur tanpa menangis sebab rindu awak."

Dhia sudah menangis teresak-esak. Habis hancur solekan muka gadis itu membuatkan Dion mengeluh sekali lagi.

"Kita boleh bersama semula. Macam dulu."

Percakapan Dion membuatkan Dhia serta-merta berhenti menangis. Hanya sedu-sedan yang masih kedengaran sebagai sisa.

"Tapi... Kalau satu hari nanti saya pergi dari hidup awak, jangan cari saya, jangan menangis sebab saya. Saya bagi awak peluang ni sebab saya pun masih cintakan awak. Saya harap kita dapat cipta banyak kenangan manis sebelum waktu tu datang."

Air mata yang baru sahaja mahu mengering kembali bertakung. Namun, Dhia pantas mengesat nya kasar.

"Apa yang boleh saya buat supaya hari tu tak akan datang sampai bila-bila?"

"...Berdoa."

Dhia mengangguk laju. Dia bangun mengambil beg tangannya semula. Cincin di jari manis nya di tunjuk pada Dion.

"Awak masih ada cincin pertunangan kita?"

Dion tersenyum memandang gadis itu. Rantai yang di sembunyikan di sebalik bajunya di keluarkan. Cincin yang tergantung di rantai tersebut di tunjuk pada Dhia.

"Ya, saya masih ada."

Semakin lebar senyuman gadis itu memandang Dion. Jujur dari lubuk hati masing-masing, mereka rindu dengan suasana seperti ini, hubungan seperti ini dan perbualan seperti ini.

***

Selepas meluangkan masa lebih daripada tiga jam di pantai, mereka akhirnya pulang semula ke mansion. Dion pula tidak ikut pulang ke rumah agam tersebut sebaliknya pergi meluangkan masa bersama Dhia.

Dating.

Namun, sebaik sahaja mereka keluar daripada kereta, kelihatan susuk tubuh seorang perempuan cantik sedang menunggu di hadapan pintu. Wajah Hanani Aqilah sedikit muram memandang gadia tersebut.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now